Pages

01 September, 2010

MALAYSIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX 2010
















SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Disini aku mewakili rakan2 marshal team recovery menjemput anda semua turun ke litar sepang :) yehaaa...Buat peminat sukan permotoran.. perlumbaan yang ditunggu-tunggu akan tiba menutup tirai sukan permotoran berkelas dunia di Litar Sepang , Malaysia

Malaysian Motorcycle Grand Prix 2010 atau lebih dikenali sebagai MotoGP 2010 akan kembali beraksi di litar kebanggaan Malaysia pada 8, 9 , 10 Oktober 2010.

















Tiket- tiket telah mula dijual dan boleh didapati di kaunter-kaunter tiket berdaftar dengan harga

Main Grandstand = RM 100.00
K1 Grandstand = RM 60.00
F Grandstand = RM 30.00

Aku pasti anda semua kurang mahir dengan selok belok Litar Sepang sebenarnya
boleh rujuk









Main Grandstand terletak di tengah-tengah Litar

K1 Grandstand di Turn 1 outer

F Grandstand di Turn 7 outer




















Disini aku menyeru dan menghebahkan kepada rakan2 sekalian marilah meramaikan sukan permotoran berkelas dunia di Litar Sepang :)













SEMAKIN DI DEPAN


Rasa-rasa ada diantara anda mungkin tertanya2 bagaimana ingin bekerja di dalam Litar berprestij dunia dan menjaga event2 bertaraf international seperti

Formula One , Super GT , 1000km, Merdeka Endurance , Asian Festival of Speed, Moto GP

dan bagaimana pengalaman berpanas berhujan di dalam litar sepang.. andalah penonton kelas satu dimana tempat duduk paling dekat dengan litar dan juga dibayar elaun selain daripada membeli tiket2 yang dijual dan tidak dapat menyaksikan dan mengalami perasaan sebenar di dalam litar kebanggaan negara ini.














moto GP 2009



























1000km 2009
















formula one 2010














formula one 2009














formula one 2008











Gt Japan 2008






disini tentu anda tertanya2 siapakah gerangan berbaju oren ini haha...
profession yang sangat diminati oleh peminat2 sukan permotoran di dunia

aku adalah salah seorang Team Marshal Recovery ( Breakdown Vehicle) berlainan dengan team Flag Marshal dan Post Marshal dimana kami bertugas menyelamatkan kenderaan yang mempunyai masalah di dalam litar.
task kami agak senang iaitu mengeluarkan kenderaan lumba di dalam litar yang mengganggu perjalanan perlumbaan akibat dari kerosakan mekanikal berkaitan enjin, tayar meletop, minyak leaking, accident ataupon saje2 nak rosak haha.

Bunyinya sahaja agak senang kan tapi tugas kami sangat mencabar kerana perlu recover kereta di bawah masa 2minit sahaja ketika perlumbaan masih berjalan untuk memastikan perlumbaan tidak terganggu ataupun delay, bayangkan kami recover breakdown vehicle di dalam litar yang dipenuhi kereta lumba dan motosikal yang bergerak dengan kelajuan maksimum. silap percaturan nyawa yang akan melayang.

Mungkin ramai yang berminat tetapi tidak tahu komitmen tugas yang agak mencabar dimana seseorang marshal perlu mengambil lesen seperti mengambil lesen memandu kenderaan di Malaysia. Lesen ini berfungsi memberi pendedahan dan undang-undang permotoran dan juga sebagai insurans ketika bertugas di dalam litar.

Next event sebelum Moto GP ,Malaysia Super Siries Round 5 18 dan 19 Sept

sila lawat http://sepangcircuit.com dan laman fb sepang circuit


Jumpa kami di sepang :)

Salam dari team Marshal Recovery hehe







3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...