Pages

20 December, 2010

Perang Saraf BLOGGER BLOGGAHOLIC

Salam dan selamat sejahtera,

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa ada satu kajian telah diadakan untuk mengkaji punca kekalahan parti yang mengungguli tampuk pemerintahan negara sekian lama kepada parti pembangkang. Salah satu faktor utama kekalahan tersebut adalah apabila media arus perdana tidak dilihat sebagai  penyebar maklumat utama kepada generasi X dan Y.


Salah satu faktor yang menyebabkan kekalahan itu juga adalah medium penulisan di laman blog yang semakin popular di zaman ini. Dapat kita lihat semakin banyak unsur-unsur politik cuba mengatasi dan menyebarkan maklumat menggunakan laman blog yang dilihat sebagai penghubung ataupun medium komunikasi golongan muda masa kini.

Melalui pengalaman ezact.co bersama MT ITYM kita dapat lihat kesungguhan generasi terdahulu menjalankan perang saraf yang dapat kita lihat sebagai orang muda belia bahawa mereka ketandusan idea dalam meraih undi demi PRU yang akan datang. Perlukah unsur memfitnah dan mencipta propaganda dan menimbulkan spekulasi baru untuk mengkaburi naluri Golongan Belia yang merangkumi 11.7 juta ( secara anggaran) populasi Malaysia masa kini.


Adakah salah jika meraka yang dikenali sebagai BLOGGER otai ( otai kerna sudah berumur bukan mahir dalam ilmu ICT ) menyeru kepada golongan muda agar mempromosikan atau mengadakan kempen yang bernas malah lagi menguntungkan parti mereka. Adakah mereka rasa mereka sangat hebat dan pandai mengolah kata lantas dapat mengkaburi minda muda belia kita masa kini?

Indah khabar dari rupa, pendekatan sebegini sudah lapuk dimakan zaman. Generasi muda belia masa kini sudah pandai menentukan hala tuju mereka sendiri. Mungkin rombakan dari akar umbi patut dilakukan. Buangkan sahaja perabot-perabot lama yang sudah tamat tempoh dengan perabot-perabot IKEA yang mudah dipasang dan bermutu tinggi. Sampai bila kekayaan bumi MALAYSIA hendak mereka gali sehingga anak cucu tidak dapat merasa kemewahan bumi sendiri.


Salam ingatan buat mereka yang tidak sedar lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...