Pages

31 August, 2010

bingkisan HATIKU anak MERDEKA












salam MERDEKA wahai anak-anak TANAH MELAYU ku

Genap 53 tahun negaraku merdeka
dari cengkaman penjajah bangsa dan tamadun
Tetapi betulkah anak-anak bangsaku merdeka??
Meja diskusi ku bersama rakan2 pengerak bangsa
melihat anak-anak bangsaku berpeleseran di malam hari
mendapat kebebasan dan keizinan ibu bapa mereka
berbasikalan di malam ambang merdeka
semangat kemerdekaan meluap-luap kelihatan
tetapi dicemari budaya suffle dan mat rempit jalanan
adakah anak-anak kecil ini sedar erti kemerdekaan sebenar?
sanggup berbasikalan dari kota KLANG ke bandaraya SHAH ALAM
di malam hari yang sepi
berpeleseran anak-anak merdeka ini
tidak kembali





Regional Consultation on Student Youth Movements Asia 2010

“Leading with integrity – Realising the Potential of Student Youth Leadership,”

Good evening,

Student Youth Movements have different specification objective in every country. That how this consultation will give my society Information Technology Youth Movement Malaysia ( ITYMM) chance to share our objective ,mission and vision and to all of you how we interact to student youth movement in our country using information technology medium.

On behalf Information Technology Youth Movement Malaysia ( ITYMM) i represent my movement as Student Representative in Malaysian Universities to convince our movement for student out there that we as youth are responsible to youth development in the country.

We are Non Government Organisation that moves without any funding from any corporate organisation, government Link Company, industrial company or our own government. We like to share our volunteerism concept and use the beautiful free elements in the internet to connect people out there through Facebook , Friendster , skype, yahoo messenger and blog spot to give and deliver information about the program plan by our ministry and to make sure everybody got the message from our resource.

With this consultation also, i can learn new tactic, style and knowledge from all representative from each country how their approach toward youth development and how they manage their student youth movement.

I hope that this Regional Consultation on Student Youth Movements 2010 can achieve their own mission and vision and realising the potential of Student Youth Leadership in Youth Development toward Country Development.

By Dzul Izzat bin Misnon ITYM MALAYSIA 31 Aug. 10

28 August, 2010

MELAYU GAH DI MATA DUNIA

salam dan selamat sejahtera

aku hanya ingin berkongsi puisi nukilan sasterawan negara kerna makin ramai yang lupa adat kita.. budi bahasa kita.. Pegangan kita..

sedarlah wahai BELIA-BELIA di luar sana kemampuan kita bukan untuk dilaga-laga,
yang untung bukan kita
tapi MEREKA si DAJAL musuh AGAMA kita

sedarlah rakan-rakan ku diluar sana, doa yang kita aminkan ketika khatib membaca khutbah, doa yang kita aminkan ketika imam selesai bersolat jemaah, doa yang kita baca dan aminkan ketika sembahyang

yang kita doakan MUSLIMIN dan MUSLIMAT, MUKMININ dan MUKMINAT bukan melayu Malaysia atau melayu INdonesia.. kita adalah saudara seagama....

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)


salam keamanan dariku

27 August, 2010

MALAYSIA INDONESIA






















salam dan selamat sejahtera


kepada belia remaja diluar sana.. xguna anda memaki hamun tindak laku segelintir rakyat indonesia yg bertindak membabi buta dan melakukan pelbagai perbuatan menghina negara kita... dan cuba membalas dengan perbuatan yang sama.. tidak kemana semua itu.. apekah keamanan MALAYSIA disini anda cuba cabuli dengan berbuat demikian?

wall post ku di FB kerna ku melihat pengapi-apian seseorang warganegara MALAYSIA kerana memarahi perilaku yang ditunjukkan oleh segelintir rakyat Indonesia membakar, mencemar, melempar, menghina, mengugut warga MALAYSIA secara amnya dan Duta dan rakyat kita di Indonesia secara khususnya...

Perlukah kita membalas perilaku ketidaktamadunan mereka yang jahil dengan melakukan kembali apakah yang mereka lakukan kepada kita?

Jika sekarang mereka mebakar , melempar najis, menconteng , memijak BENDERA MALAYSIA dan anda ingin berbuat sedemikian rupa juga .. apekah bezanya anda dengan mereka?

Cuba kita bayangkan pula selepas rakyat kita membakar, melempar najis, menconteng, memijak BENDERA INDONESIA apa pula tindakan seterusnya oleh rakyat INDONESIA?

Tidakkah perbuatan kita itu akan lebih membuatkan mereka GILA dan NAEK SYEIKH lalu terus membakar , melempar BOM pula kepada kedutaan kita disana? Menconteng arang ke muka rakyat Malaysia dengan memijak , membunuh , merogol rakyat kita disana?

Itu kesannya disana bagaimanapula rakyat Indonesia disini yang kita sedia maklum segelintir kecilnya juga merupakan diantara penjenayah , penyamun, perogol yang sedia ada berleluasa selain penjenayah, penyamun, perogol warga Malaysia dan tiba-tiba kerana tindakan kita yang membabi buta tadi mereka keluar beramai-ramai melakukan rusuhan, mengamuk kawasan sekeliling, membunuh, menyerang rakyat Malaysia disini?

Dan selepas itu pula , kita meniru kembali cara mereka dengan membakar.melempar BOM pula kepada kedutaan mereka. Sampai bilakah perkara ini akan saling balas membalas sesama kita?

Salahkan pula kerajaan kita hanya menghantar memo Bantahan kepada kerajaan Indonesia.. mungkin anda fikir kita patut hantar BALA tentera ke sana?

Kemana perginya rasional tindakan ini? Keamanan yang kita kecapi akan genap 53 tahun beberapa hari lagi.. tindakan sembereno beginilah yang menunjukkan kita hendak mencabuli keamanan negara sendiri..

Tidak perlu tunjuk Hero wahai rakan-rakanku.. Bukan aku menyeru kita melepas tangan membiarkan sahaja perkara ini. Tapi fikirkanlah kita masih lagi hidup didunia ini, menyedut udara yang segar, saya pasti kita sama-sama belia belum pernah mengalami zaman darurat, zaman peperangan, zaman yang mengorbankan banyak nyawa..

Sedarkah kita Malaysia Indonesia adalah satu rumpun asalnya?
Sedarkah kita Malaysia Indonesia hanya nama yang memisahkan dua negara?
Sedarkah kita warna kulit kita sama dengan mereka?
Sedarkah segala masalah ini adalah datang dari penjajah?

PENJAJAH la yang memisahkan BANGSA kita
PENJAJAH la yang menyebabkan sengketa ini BERLARUTAN
PENJAJAH la yang menanam pemikiran kita diasingkan dengan DUA NAMA

kerna penjajah itu tahu Nusantara adalah negara ISLAM
dan mereka adalah siapa?

sedarlah saudara saudari ku

KEAMANAN bukan mudah dikecapi...
sekali kita leka mudah dicabuli
jangan sekali2 kita yang mencabuli apa yang dikecapi

biarkan kerajaan kita menyelesaikan segalanya..
mereka pucuk pimpinan negara kita
tidak akan mereka memperjudikan keamananan 53 tahun negara MALAYSIA
percaya akan kemampuan mereka yang cintakan kedamaian

memang MUDAH mengangkat senjata
tapi sangat SUSAH meletakkanya semula




SEJARAH MENGAJAR KITA

salam keamanan buat semua





24 August, 2010

hala TUJU kehidupan


salam dan selamat sejahtera

ditujukan khas kepada belia-belia institut pengajian tinggi tidak kira di mana jua anda berada :)

hala TUJU kehidupan sangat penting dalam mencorak masa hadapan kita, disini saya ingin memfokuskan entri ini kepada belia mahasiswa yang gemar mengikuti, menyertai dan membuat program-program di kampus tidak kiralah yang bercorak akademik, sukan dan reakrasi mahupun program bercorak rohaniah. Secara lazim nya anda haruslah seseorang yang aktiv di dalam aktiviti-aktiviti berpersatuan dalam sesuatu komuniti di tempat anda barulah anda berpeluang mengadakan pelbagai corak aktiviti didalam menghidupkan suasana kampus :) dimana anda lah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan melaksanakan program itu dengan jayanya.

Bagaimana anda menjadi seseorang yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga sesuatu persatuan atau komuniti? Mestilah anda pada suatu ketika dahulu rajin dan petah menyertai dan mengikuti program-program yang direncanakan oleh para senior dan pihak pengurusan barulah anda berpeluang bertatih dalam menjadi seseorang yang berportfolio di dalam persatuan anda.














Tidak ramai yang berpeluang mengasah bakat dan menceburi bidang kepimpinan di dalam kampus dimana ramai lagi belia mahasiswa yang mengambil sikap tidak peduli dan tidak menghiraukan pelbagai aktiviti yang telah dicorak dan dijalankan mengikut tema dan matlamat tertentu. Golongan-golongan ini hanya mementingkan program-program akademik dimana menghadiri kelas dan seminar wajib sudah memadai untuk mereka, tidak perlulah membuang masa dengan aktiviti-aktiviti kemahiran insaniah yang meluangkan masa diluar waktu ilmiah. Mereka inilah yang lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan keluar berpacaran, berkaraoke, tidur sepanjang masa tanpa menghiraukan komuniti yang ada. Adakah golongan-golongan ini seringkali anda lihat? Bagaimana caranya mengajak mereka ini menyertai dan mengalami keseronokan aktiviti-ativiti berpersatuan?

Entri ini bukanlah ingin mencari kesimpulan dan cara mengatasi masalah di atas, tetapi saya ingin menekankan kepada pemimpin-pemimpin belia mahasiswa yang berkaliber dan berkepimpinan di luar sana, bagaimanakah anda ingin menyumbang idea, berkongsi bakat kepimpinan anda, melontarkan hujahan dan mengerahkan tenaga anda seperti yang kebiasaannya anda alami ketika menguruskan sesuatu program di dalam kampus setelah anda tidak lagi bergelar MAHASISWA? Bagaimana anda dapat melibatkan diri dalam memperjuangkan dan mempertahankan komuniti yang lagi besar yang akan anda tempuhi selepas tamat pengajian?

Adakah anda hanya akan berkerja dan menjalani rutin harian seperti biasa? Hanya terlibat dalam menguruskan Hari Keluarga syarikat anda dengan memegang jawatan biro persediaan makanan dimana hanya mengutip dana kutipan untuk membeli makanan luar ? adakah itu sahaja aktiviti sampingan anda disamping kerjaya :? Dimanakah teruji nya bakat-bakat kepimpinan yang diasah bertahun-tahun didalam kampus? Dimana lantangnya suara anda memarahi dan mengarah mahasiswa tahun satu sewaktu masa dahulu? Dimana segala kenangan indah anda berduka dan bergembira dalam menjayakan sesuatu program? Tiada kesinambungan dengan kemahiran-kemahiran insaniah yang anda timba di dalam kampus suatu ketika dulu.















Disini lah pentingnya menyertai aktiviti-aktiviti berpersatuan diluar kampus :), anda masih berpeluang memimpin, mengolah. mengadakan, menyertai. mengasah. menimba pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan. Konsepnya masih sama tetapi Komuniti nya berbeza. Skop dan cabaran yang ditempuhi adalah lebih luas dan lebih berliku dimana anda tidak dapat menjangka rintangan yang bakal anda tempuhi tetapi faedahnya lebih lumayan dan pengalaman nya lebih hebat daripada apa yang anda tinggalkan di kampus sewaktu ketika dulu.

Sedarlah wahai belia mahasiswa sekalian sejurus sahaja anda melangkah ke alam pekerjaan dan meninggalkan status MAHASISWA masih ada lagi tanggungjawab yang perlu anda lunaskan kepada negara dimana anda memegang status BELIA. Sedarkah anda kita sama-sama BELIA Negara yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa akan datang? Adakah wajar anda yang memegang status BELIA tetapi melupakan tanggungjawab anda kepada negara kerana sibuk dengan kerjaya? Siapakah yang perlu menggalas status BELIA ini? hanya mahasiswa sahaja kah? ataupun pelajar lepasan SPM, mahupun STPM yang masih teruja dengan alam kedewasaan? Kemanakah perginya pemimpin-pemimpin BELIA Mahasiswa yang gah bersuara di dalam kampus sewaktu ketika dulu? Sibuk mengumpul harta untuk melangkah ke alam perkahwinan?

Apa yang ingin saya tekankan disini adalah sama seperti entri-entri sebelum ini dimana saya ingin mengajak rakan-rakan belia MAHASISWA diluar sana mahupun yang telah digugurkan taraf mahasiswanya setelah graduasi masih banyak persatuan-persatuan belia berdaftar di luar sana dimana mereka kekurangan pemimpin belia berketrampilan seperti anda untuk menyambung tradisi dan meneruskan matlamat persatuan. Sertailah dan menyokong badan2 bukan kerajaan ini supaya dapat menjamin dan memperbaiki keamanan dan kemajuan yang sedia ada.















salam BELIA MAHASISWA... peneraju BELIA NEGARA



20 August, 2010

no MONEY no TALK






















salam and good morning :)

no MONEY no TALK something term or phrase we always hear everywhere everyday every minute every second. yes it is true that we cant do anything without money but can u sincere yourself to do something first using your own money to give something benefit to our society??
how can u do that in this modern society? nothing appear on your mind huh? haha we have your answer in here :)

Information Technology Youth Movement is the Non Government Organization Youth Movement that unite Youth in Malaysia in Information Technology Section

Established since 2007 under Malaysian Youth Act 2007 by Registration of Youth 2007 ( (ROY)

Our Vision is to be the Channel for Voice of Youth who is connecting us with the government Agencies .

Our Mission is to gather all Youth and The Youth Leader to be close to each other, not only socializing in the reality but also in the virtual.

Our Objective is to created Awareness on how we can contribute to Our Beloved Country by using the Free Element of Internet.

















we are NGO that move without any funding from no Body just being ourself use the beautiful free elements in the internet to connect people out there trough facebook friendster skype yahoomessenger and blog spot to give and deliver the info about something and to make sure everybody got the message from our resource : )

we also providing free consultation on Information Technology to all of you out there especially children, youth and old folks to minimize digital divide because of different environment and lifestyle

Nobody are really trust us on the first time we say that we are Volunteer to help people out there without any commitment based on money... thats why the explanation are important in here..

Volunteer-ism is the main spirit you should have in mind... no Money no TALK just a term that not suitable to YOUTH development :)

be YOUTH and stay YOUTH :)

salam












19 August, 2010

awak MAT REMPIT ke??

















haha salam dan selamat sejahtera isu sensasi masih berjudul mat rempit tapi bknla nk story pasal depa cume buh nama depa ja...

ok semalam da baku arini lepak2 sket r persoalan begitu agak tidak digemari olehku haha wa rider BEB.. yeha ade perbezaan disitu haha mat RIDER ape plak ye?

bukan smua penunggang motorsikal adalah mat rempit dan bukan semua mat rempit adalah penunggang motorsikal haha.. disini RIDER adalah mereka yang suka menunggang motorsikal dimana bukan kelajuan adalah main priority tetapi minat menghias dan menambah eksoseri menjadi pilihan.


















































Bukan aktiviti meroket di dalam minggu mengisi jadual masa lapang rider2 ini disini aku juga adalah seorg rider FZ 150i haha promote moto sket :)

kami mempunyai aktiviti berkumpul beramai2 terutamanya di malam minggu.. sesi suaikenal bersama rider2 fz yg laen bertukar2 pendapat dan pandangan dan berkongsi idea menghias moto kesayangan masing2 :)

















pelbagai perkara berfaedah yang dapat diutarakan melalui perjumpaan ini yang popular dengan panggilan Friday Night Fever or FnF :) diantara idea yang muncul seperti idea berkonvoi bersama rider fz ke destinasi2 menarik setiap bulan , bersahur bersama2 rider di bulan puasa, mahupun meraikan atau mempromosikan restoran2 yang dimiliki oleh ahli rider fz sendri


















aktiviti di litar sepang












































ha banyak kan aktivit berfaedah oleh geng RIDER fz selaen mat2 rempit di jalanan tu :)
daripada hobi berseorangan sudah boleh dijadikan minat beramai2.. jangan terasa pelek plak moto rider2 ni berlainan rupa :) smua menghias mengikut minat masing2.
jangan terkejut 100 biji fz berkonvoi melalui kampung halaman anda :)


salam FZ utk smua owh lupe xpromote forum plak


ha kteorg ade forum jugak tau :)









18 August, 2010

MAT REMPIT berlesen?

salam dan selamat sejahtera :

Isu semasa BuLetin Utama malam ini ada juga menyentuh etika penunggang motorsikal di kalangan remaja terutama pelajar sekolah menengah yang menunggang motorsikal ke sekolah rentetan peristiwa kemalangan maut yang melibatkan pemandu kereta berumur 16tahun dimana eksiden itu mengorbankan beberapa nyawa.

Siapakah yang bersalah dalam isu ini? Adakah anda tahu had umur lesen memandu di Malaysia?
16 tahun bagi lesen kelas B2 motorsikal dibawah 250cc dan 17 tahun ke atas bagi lesen memandu kelas D. Adakah had umur ini terlalu rendah untuk diberi kepercayaan memandu di jalan raya ataupun mungkin had umur ini adalah yang sepatutnya bagi remaja masa kini?

Kembali kepada tajuk entri pada malam ini MAT REMPIT berlesen? apakah sinonim yang anda dapat lihat? Mengapa status MAT REMPIT digemari oleh remaja masa kini terutamanya pada had umur 14-19tahun? Mengapa remaja-remaja ini menunggang motorsikal secara berbahaya dan tanpa lesen? Siapakah juga yang menerapkan budaya ini di kalangan remaja kita?

Pelbagai persoalan timbul apabila budaya ini kian menular. Pada pendapat saya isu remaja menunggang motorsikal ke sekolah, isu remaja memandu tanpa lesen dan isu budaya mat rempit mempunyai kaitan yang munasabah yang perlu diambil berat oleh pihak berwajib.

Ibu bapa memberi kebenaran anak2 mereka ke sekolah menaiki kenderaan terutamanya motorsikal adalah untuk meringankan beban mereka dan disini mereka tidak perlu menghantar dan mengambil anak2 dari sekolah dimana rata2 mereka bekerja sendiri, petani, peladang yang perlu ke kebun ladang dan bendang dipagi hari. Fenomena ini kebiasaannya terjadi di kawasan luar bandar dimana motorsikal adalah kenderaan paling digemari dan mudah dikendali. Adakah anak-anak ini mempunyai lesen memandu kelas B2? Jawapannya pasti tidak, mereka mula menunggang motorsikal sejak dibangku sekolah rendah lagi, mungkin anda di bandar tidak biasa melihatnya. Ibu bapa juga tidak melarang dan juga tidak menggalakkan mereka tapi "comfort zone' disini mereka boleh meminta anak2 mereka ke kedai membelikan brg, menolong mereka dengan rutin harian. Adakah ini salah?

Mengapa remaja masa kini gemar MEREMPIT? Had umur lesen kenderaan motorsikal 16tahun adakah logik bagi mereka yang bergelar pelajar sekolah membayar yuran sekolah memandu dimana mereka tidak bekerja ataupun mempunyai pendapatan? Bagi keluarga yang sederhana pendapatan dan keatas mungkin yuran sekolah memandu tidak ada masalah bagi mereka. Terapi bagaimanapula dengan ekonomi keluarga di bawah paras sederhana? Wajarkah had umur ini dikaji semula? Mungkin sebaiknya sehingga mereka habis sekolah tingkatan 5 dan barulah mereka dibenarkan mengambil lesen memandu. Bukan apabila umur mereka mencecah 17tahun bagi golongan berada mereka mampu membayar yuran lesen memandu kelas D dan memberi sebiji kereta kepada anak mereka untuk ke sekolah? Benarkah had umur lesen memandu kelas D bagi kereta ini adalah betul dan wajar?

Sikap remaja masa kini rata-rata belum matang untuk diberi kepercayaan memandu dijalan raya dimana nyawa manusia di jalan yang dicagarkan. Adakah ada nilai yang boleh disamakan dengan nyawa seseorang? Perlukan kerajaan menggubal akta baru untuk remaja dan menyaman ibu-bapa jika apa2 terjadi berkenaan isu remaja memandu dan kemalangan? tiada siapa yang boleh meramal ajal maut. Hanya ketentuan ilahi Yang Maha Berkuasa sahaja yang mengetahuinya. Adakah ibu bapa ini hanya menyesal apabila ada nyawa yang tergadai disebabkan sikap mereka yang tidak ambil kesah dan membiarkan anak mereka memandu dan menunggang dibawah umur dan nyata tidak berlesen?

fikir2kanlah segala persoalan di dalam entri ini.. mungkin saya tidak mempunyai semua jawapan diatas..























salam dan selamat kepada semua




15 August, 2010

SUKARELAWAN



;








salam dan selamat sejahtera

Ramai kawan2 ku rakan2 pelajar IPT diluar sana tersalah paham konsep KesukarelawaN pada masa kini,, mengapa ini smua terjadi?

Adakah kita betul2 memahami ape maksud sukarela? ataupun name glamornye Volunteer?

bekerja dengan ikhlas hati untuk mencapai sesuatu misi tanpa mengharapkan balasan berupa wang ringgit, token, elaun, cenderahati, atau apa2 balasan apabila misi itu berjaya...

aku juga sering dihujani pertanyaan persoalan apabila aku mengajak mereka menyertai sesuatu acara atau temasya yang kadang2 disertai untuk menjadi peserta, urusetia, ataupon saja2 nk datang serta..

'1st think come in their mind' mestinya elaun ataupun 'benefit' yg mereka terima dalam bentuk 'material' ... apekah ini semua perlu?

adakah PENGALAMAN menghadiri sesuatu program itu tidak penting??

aku tidak pernah kata tidak jika seseorg memerlukan penyertaan ku dan pada masa itu aku tiada komitmen laen.. akan kusertai tanpa byk persoalan.. hanya ku tanya bila dan dimana malah kebiasaannya modal pengangkutan makan minum kugunakan wang ringgt ku sendri..

memang benar rata2 event Kementerian di luar sana ada yang dijanjikan token dan elaun tapi mengapa kerajaan kita perlu mengambil langkah tersebut??

ini adalah kerana kUrangnYA sifat Sukarelawan di dalam diri BELIA pewaris BANGSA zaman kini sebab itu la kerajaan kita mengambil inisiatif memberi token dan elaun..

cuba anda fikir apekah pula sumbangan anda kepada negara Tercinta??

sedarlah wahai BElia pewaris Bangsa diluar sana pengalaman adalah sesuatu yg lagi penting dari mengejar imbuhan2 yg tidak akan kekal smpai bila2,,

pegangla kata2 hikmah jauh perjalanan byk pengalaman..

sertai lah aktiviti2 sukarela dengan hati yg ikhlas.. dan apa yg anda akan dapat jauh lagi bernilai dari wang ringgit atau token..








marilah bersama2 bersatu menjayakan program kerajaan demi Negara tercinta dengan ikhlas hati :)







salam MAJULAH BELIA utk NEGARA

salam 1 BElia



14 August, 2010

Cabaran Perhimpunan Kemerdekaan Belia 2010

SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Entryku kali ini khas untuk SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53

bersempena dengan itu KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN mencabar pertubuhan2 belia agar dapat mengajak dan mempromosi kan

ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN
yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, KL
pada 31hb OGOS 2010
pada pukul 7pg - 930 tgh hari..


Sanggupkah anda berkorban DEMI NEGARA??

MARILAH menyokong usaha murni INFORMATION TECHNOLOGY YOUTH MOVEMENT membawa 200 sukarelawan BELIA ke BUKIT JALIL pada 31hb OGOS ini..

MARILAH kita sebagai BELIA pewaris BANGSA dapat menunjukkan semangat kesukarelawan masih ada tersemat di dalam jiwa anak muda zaman kini... berkorban tanpa mengharapkan sebarang balasan berbentuk wang ringgit, cenderahati, token dan sebagainya

MARILAH kita sebagai ANAK MALAYSIA menyokong dan membuktikan bahawa BELIA peneraju NEGARA masa HADAPAN dan menyambung warisan turun temurun serta menjaga KEDAULATAN Negara tercinta

MARILAH bersama2 kami meraikan ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN pada 31 ogos INI.. bertemakan 1 MALAYSIA menjana TRANSFORMASI



http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php






12 August, 2010

Jelajah SEMENANJUNG Malaysia

SaLAM dan selamat sejahtera

tibe2 aku teringat nak menyiapkan proposal JELAJAH semenanjung MALAYSIA menaiki perkhidmatan keretapi TANAH MELAYU sambil menikmati keindahan bumi MeLAyu ini :)

permulaan cadangan destinasi yang aku usulkan

1. KL SENTRAL - HATYAI THAILAND
2. HATYAI THAILAND - TUMPAT KELANTAN ( naek bus)
3. TUMPAT KELANTAN - SINGAPURA
4. SINGAPURA - KL SENTRAL



















maka dengan itu aku membuat kajian akan kos tambang keretapi pada masa kini

1. KL SENTRAL - HATYAI





'

































3. TUMPAT -SINGAPORE








































4. SINGAPURA - KL SENTRAL






































malas plak nak kire.. haha korang kira la sendri .. tambang mengikut seat kelas ape.. so bajet anda berapa wahaha

salam nk tido jap pnat puase ni

11 August, 2010

Student Youth Organisation

































salam and good afternoon to all

Our topic of view today is about differences between STUDENT Youth organisation and YOUTH organisation in MALAYSIA. When we say about Student youth organisation,we will think about Student Council in universities/colleges which is in range of age between 18-25 years old while youth organisation in Malaysia are people between 16-40 years old. Basic difference in what i want to say is the community that they represent n their objective, mission n vission.

Back to the several years before this there have an act in Malaysia that state student of any universities/colleges in Malaysia are not allowed to active in Youth organisation. This statement of act are really make a big loss to our country where all the intelligence are student in university/college and they cannot make any decision to their youth development.











Student council organisation established because to manage campus organisations while Youth organisation are role as medium to youth communicate to each other and join programmes beside academic curriculum







There are also youth organisation established in University/college in Malaysia to educate student about their responsibilities toward youth developments.Both youth and student board organisation responsible to each other for both benefit and development because they are in same range of age.


Our aim as Youth Organisation in Malaysia is

To convince students university/college to active in youth organisation rather than just be active and concentrate in academic activities.

Youth Development are our own responsibilities.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...