Pages

19 October, 2011

E-Belia Blog Contest



Contest ini adalah bertujuan untuk mempromosikan sistem Pendaftaran Profil  e-belia yang digunakan olehInstitut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia IPPBM.  Tujuan E-Belia diwujudkan adalah  untuk menilai dan mengkaji kehendak dan segala keperluan belia di Malaysia khususnya generasi Y.
Dengan adanya sistem E-Belia ini pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dapat mengenalpasti segala kekurangan yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi pembangunan belia di Malaysia mengikut cita rasa belia masa kini, Oleh itu sistem ini adalah amat penting bagi membantu belia menyuarakan kehendak dan keperluan mereka melalui Pendaftaran Profil yang dijalankan seterusnya memudahkan pihak kerajaan untuk mengenalpasti dan mengkaji apa yang perlu disumbangkan kepada belia dan apa yang tidak perlu disumbangkan
Oleh itu diharap para blogger yang menyertai contest ini dapat membantu pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk menyebarkan kepentingan sistem E-Belia  ini kepada seluruh belia di Malaysia.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti tertera di poster diatas dan segala info mengenai e-belia boleh didapati di link berikut (E-belia portal) setiap entry akan dinilai dan pemenenang yang bertuah akan diumumkan melalu portal vyrec dan facebook SENYAP.
Bagi pendaftaran penyertaan anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Tulis satu entry mengenai e-belia, tajuk dan cara penyampaian adalah bebas
  2. Hantarkan email kepada itym2007@yahoo.com untuk menyatakan anda menyertai contest ini dengan menyertakan butir-butir sepeerti beriku , Nama,  No kad pengenalan,  No telefon dan  link post contest.
  3. Setelah anda mengahantar butir penyertaan di email itym2007@yahoo.com anda haruslah postkan link entry anda di facebook SENYAP bagi tujuan penilaian, facebook SENYAP boleh di lawati di link berikut (SENYAP Group)
Banner dibawah haruslah diletakkan di sidebar blog anda sepanjang berlangsungnya contest ini:


SUMBER RUJUKAN :
http://neizalyez.blogspot.com/2011/10/vyrecmy-pusat-informasi-belia.html


28 September, 2011

Nasi Lemak 2.0 punya Cerita

ARKIB : 21/09/2011 Utusan Malaysia


Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...



MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.

Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.

Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.

Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.

Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.
Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.

Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.

Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.

Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!

21 September, 2011

SENYAP 1.0


SOCIAL ENFORCEMENT FOR NATIONAL YOUTH AWARENESS PROGRAMME


SENYAP satu program kesedaran untuk pembangunan belia dari segi interaktif maya yang telah berjaya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC Kuala Lumpur baru-baru ini. Jemputan pada program ini khusus buat blogger-blogger belia dan pengguna sosial media seperti facebook dan twitter. Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah sebagai satu batu loncatan ke arah pembangunan belia dengan menggunakan pena maya belia itu sendiri. Memperkasakan golongan belia merupakan satu mandat yang diberikan kepada Information Technology Youth Movement ITYM untuk muncul dengan satu modul tersendiri dalam mencorak keberkesanan nukilan yang menyumbang ke arah keamanan negara di rangkaian sosial yang semakin ramai penggunanya.

SENYAP dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia IPPBM telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia blogger dimana hubungan dua hala diantara kerajaan Malaysia dan blogger belia dapat didekatkan. Nukilan-nukilan blogger masakini merupakan satu info ataupun berita pantas yang dapat dikongsi dan disebarkan melalui rangkaian sosial sedia ada dimana dapat kita lihat media arus perdana juga telah menggunakan rangkaian sosial untuk hebahan dan promosi mereka.

Ramai yang tertanya-tanya apakah SENYAP dan mengapakah SENYAP ini perlu diadakan dan kenapakah dinamakan SENYAP? Mungkin persoalan ini hanya mampu dijawab bagi mereka yang telah menghadiri persidangan SENYAP baru-baru ini. Ada juga diantara mereka yang tidak betul-betul yakin dan mungkin tidak berani mencuba menghadiri ke program seperti ini tetapi syabas diucapkan kepada blogger-blogger belia yang berani tampil berkongsi idea-idea bernas kepada SENYAP kali ini.

SENYAP juga merupakan salah satu program dibawah inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia 2010 dimana ahli makmal tersebut telah mengutarakan Virtual Youth Resource Center VyRec dimana satu portal pembangunan belia tengah dalam proses pembinaan. Selain itu , kita telah biasa didedahkan dengan sukarelawan-sukarelawan yang menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan keamanan, oleh itu pada kali ini ITYM berjaya mewujudkan satu kumpulan sukarelawan IT ( cyber volunteer ) dalam menangkis segala tohmahan dan fitnah masyarakat luar kepada negara kita MALAYSIA.


De Zul
Ahli Makmal Belia 2010





15 July, 2011

Bersih 2.0

Salam dan Selamat Sejahtera.

sepintas lalu coretan lama : --> Agenda Konspirasi Spekulasi



Tunisia Darurat  Awal Bulan Januari 2011.

http://www.voanews.com/indonesian/news/Tunisia-Umumkan-Keadaan-Darurat--113643774.html

Pergolakan di Mesir Hujung Bulan Januari 2011

http://www.teratakarmo.com/2011/02/pergolakan-di-mesir-maklumat-hasil.html

Krisis Libya Hujung Bulan Februari 2011

                                                    
                   http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/02/situasi-terkini-pergolakan-politik.html


Pergelokan di Timur Tengah 


http://www.bbc.co.uk/indonesia/laporan_khusus/clustermideastunrest.shtml


Jika anda melihat artikel-artikel nukilan blogger di atas, bayangkan betapa mudahnya persepsi buruk dapat dilontarkan kepada MALAYSIA melalui fenomena-fenomena paparan wall facebook kita masa kini. Pergelokan di negara-negara Islam diatas cukup menunjukkan propaganda luar untuk mengacau keamanan negara ISLAM yang pesat membangun di rantau ASIA.

Mereka hanya tersenyum simpul dan menunggu masa sesuai untuk campur tangan ke atas urus tadbir negara dengan tiket kedamaian yang dibawa. Ini bukanlah spekulasi semata-mata, Sejarah mengajar kita bagaimana Melaka jatuh ke tangan Portugis. Perbalahan dalaman yang dialami sehingga menyebabkan orang luar berjaya    menawan ideologi rakyat sendiri.

Mungkin ramai anak muda yang cetek ilmu dan mudah melatah, mereka tidak tahu betapa susahnya nenek moyang kita menuntut kemerdekaan dan senang-senang mereka sebagai pewaris bangsa mendokong agenda seorang rakyat yang menentang rukun negara secara terang-terang.

Jika dikatakan kerajaan Malaysia yang memerintah pada zaman kini tidak adil dan bersih, adakah kalian di luar sana hidup kesempitan, hidup dalam ketakutan ataupun hidup berkelana meminta sedekah di pinggiran kota raya? Ideologi pemimpin-pemimpin Bersih adalah ciptaan semata-mata dan sebenarnya apa yang mereka inginkan adalah persepsi orang luar terhadap Malaysia berubah. Mereka ingin tanamkan dan sebarkan bahawa negara kita ini tidak aman dan perlukan bantuan keamanan daripada penjajah berlesen antarabangsa.

Apa yang lagi mengecewakan apabila pelajar-pelajar serta graduan-graduan IPT malah mahasiswa melayu kita di luar negara yang turut menyokong dan mendokong semangat keBERSIHan ini dan tanpa segan silu memaparkan lambang kuning di profile picture mereka di facebook. Tidak terlintaskah mereka siapakah penaja dan peminjam dana mereka menuntut ilmu, siapakah yang memberi peluang kepada mereka menyambung pengajian dan siapakah yang akan mengambil mereka kerja kelak.

Tidak kurang juga apabila kakitangan kerajaan yang turun menyokong ideologi mencalarkan keamanan negara tidak bersyukur dengan apa yang mereka perolehi. Dimana dapat kita lihat pada masa kini seorang kerani kerajaan berkelulusan SPM pun dapat membeli kereta dan rumah dengan bantuan pinjaman kerajaan Malaysia yang memerintah.

Pernyataan diatas bukanlah satu penyebab dimana pelajar, graduan dan pekerja swasta menyatakan bahawa mereka tidak terhutang budi dengan kerajaan Malaysia tetapi dapat membuka mata bahawa keamanan negara masa kini bukan mudah dikecapi. Jangan kerna propaganda pihak luar mereka mati akal dan ingin berdemo tanpa memikirkan apa kesan dan musibah akibat kebodohan mereka sendiri.



Jika anda BERSIH tidak perlu dengan mencalarkan keamanan Negara. 100 000 mudah dibodohkan tetapi 26 juta ++ rakyat Malaysia masih lagi ingin keamanan di negara sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...