Pages

07 January, 2011

KPT dan KPM Perlu Bekerjasama


Selaras kalendar IPTA, sekolah
Oleh Haika Khazi Berita Harian

2011/01/06

Kajian teliti perlu dilakukan elak sistem cuti persekolahan, SPM terjejas

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diminta melakukan kajian menyeluruh terhadap cadangan pelaksanaan penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Jun ke September kerana ia turut memberi kesan kepada tempoh menunggu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan matrikulasi untuk ke universiti. 

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata KPT juga perlu mengambil kira pandangan Kementerian Pelajaran dan golongan profesional bagi memastikan pelaksanaan kalendar akademik baru itu dapat diterima semua pihak.
“Saya difahamkan memang sudah ada perbincangan antara Kementerian Pelajaran dan KPT mengenai perkara berkenaan, namun ia tetap memerlukan kajian terperinci oleh kumpulan profesional.
“Ini disebabkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sebarang keputusan diambil oleh KPT perlu dibincangkan dengan Kementerian Pelajaran kerana ada implikasinya. 

“Kita perlu dilihat sebagai perancangan menyeluruh kerana pelaksanaan itu ada hubung kait dari segi sistem cuti persekolahan (cuti lepasan SPM) dan pengambilan pelajar baru di pusat matrikulasi di negara ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan buku bertajuk Ulam - Salad Herb of Malaysia sumbangan Kumpulan Syarikat Masbe untuk diagihkan kepada lebih 2,800 sekolah menengah, pusat matrikulasi dan institut perguruan (IPGM) di seluruh negara, dalam tempoh terdekat. 

Ka Siong mengulas cadangan KPT untuk melakukan penyelarasan Kalendar Akademik IPTA dari Jun ke September, akan dilakukan secara berperingkat mulai sesi 2011/2012 hingga sesi akademik 2013/2014. 

Kemasukan ke matrikulasi yang diselia Kementerian Pelajaran pada Mei. Cuti sekolah tahun ini pula ialah pada 12 hingga 20 Mac; 1 hingga 12 Jun dan 19 November hingga 1 Januari 2012. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...