Pages

28 March, 2011

MAHA Youth BLOG Contest 2011



HARI BELIA NEGARA muncul lagi buat tatapan belia-belia seluruh Malaysia. Dengan tema tahun ini , Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 menghangatkan lagi suasana Bandar Belia Malaysia yakni Putrajaya dengan satu Karnival Khas untuk belia diadakan setahun sekali.

Jika segelintir blogger-blogger belia di luar sana penah mendengar melihat membaca dan menyertai Creative Youth Blog Contest Hari Belia Negara 2010 yang dibawakan khas oleh Information Technology Youth Movement pada tahun ini sekali lagi membawakan satu slot khas untuk blogger-blogger belia tegar di luar sana untuk menyertai MAHA YOUTH BLOG CONTEST 2011.


Dengan perincian pertandingan yang akan diumumkan tidak lama lagi, setiap blogger diberi masa sebulan untuk mempromosikan MAHA Youth 2011 di paparan blog anda mengikut kriteria-kriteria serta syarat-syarat pertandingan.

MAHA Youth 2011 merupakan salah satu event daripada beratus acara pada Hari Belia Negara Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 yang bertempat di Percint 2 bersebelahan dengan tapak acara Karnival Jom Heboh.


Event ini merupakan salah satu langkah dalam mempromosikan sektor industri, pertanian dan asas tani kepada belia-belia muda negara dalam melangkah ke alam pekerjaan. Untuk makluman semua MAHA Youth 2011 dianjurkan oleh Jawatankuasa Industri, Pertanian dan Asas Tani Majlis Belia Malaysia ( JIPATa) bersama HMEO consultant.

Segala maklumat terperinci akan dimaklumkan di laman group page FB MAHA Youth 2011 .


Dipromosikan oleh : 





21 March, 2011

MY CORPS Malaysian Youth Volunteer


JOIN US invite to our group page chat MYCORPS's FB

VISIT our blog page  MYCORPS's BLOG



Salam dan selamat sejahtera..


MY CORPS volunteer salah satu projek dibawah inisiatif ahli MAKMAL TRANSFORMASI PEMBANGUNAN BELIA 2010 ( 1 Nov - 10 Dec 2010 )

Petikan ucapan YB Menteri Belia dan Sukan

"MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET PEMBANGUNAN BELIA (JKPB) YANG DIPENGERUSIKAN OLEH Y.A.B. TIMBALAN PERDANA MENTERI PADA 3 OGOS 2010 TELAH BERSETUJU AGAR DITUBUHKAN SEBUAH MAKMAL KHAS IAITU MAKMAL TRANSFORMASI PEMBANGUNAN BELIA DALAM USAHA UNTUK MEMAHAMI KEHENDAK DAN KEPERLUAN GENERASI Y. MAKMAL INI TELAH DILAKSANAKAN SECARA INTENSIF SELAMA ENAM (6) MINGGU DAN TERDIRI DARIPADA 39 PEMIKIR DI KALANGAN BELIA SENDIRI. FOKUS UTAMA MAKMAL INI TERTUMPU KEPADA 3 IAITU PELUANG EKONOMI, KESEJAHTERAAN HIDUP SERTA KEPIMPINAN DAN KEWARGANEGARAAN. PENEMUAN MAKMAL TELAH MENCADANGKAN 6 INISIATIF TRANSFORMASI. ANTARANYA ADALAH MALAYSIAN YOUTH PARK YANG MENYEDIAKAN TEMPAT YANG MEMPUNYAI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN UNTUK GOLONGAN MUDA MENJALANKAN AKTIVITI DI SATU PUSAT SETEMPAT, MISALNYA PENYEDIAAN GELANGGANG FUTSAL, PERMAINAN EKSTREM, DAN LAIN-LAIN LAGI INISIATIF SETERUSNYA, DEWAN BELIA MALAYSIA YANG AKAN MENTRANSFORMASIKAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) DENGAN MENGHIMPUNKAN SERAMAI 360 PEMIMPIN MUDA. INISIATIF KETIGA IALAH VIRTUAL YOUTH RESOURCE CENTRE (VYREC) YANG AKAN MEMBERI TUMPUAN TERHADAP PENGHASILAN SATU PORTAL YANG KHAS UNTUK BELIA. INISIATIF KEEMPAT PULA, YOUTH ICONS, MERUPAKAN SATU USAHA UNTUK MENGENALPASTI BELIA-BELIA YANG BERKETRAMPILAN UNTUK DIJADIKAN IDOLA GOLONGAN BELIA SAMADA DI PERINGKAT TEMPATAN MAHUPUN NEGARA. INISIATIF KELIMA IALAH MYCORPS YANG BERTINDAK UNTUK MENGGALAK DAN MENINGKATKAN SEMANGAT KESUKARELAAN DI KALANGAN BELIA. DAN ÏNISIATIF KEENAM IALAH THE LEADER YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN MENTOR MENTEE DAN 5 KATEGORI TELAH DIKENALPASTI IAITU PROFESSIONAL DAN KORPORAT, KEUSAHAWANAN, PERKHIDMATAN AWAM, AKTIVITIS SOSIAL DAN INDUSTRI KREATIF."


sumber ( http://www.kbs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/338)

Disini saya selaku diantara ahli kumpulan yang mencadangkan dan memperhalusi projek MYCORPS ini ingin menyebarkan kepada belia-beliawanis di luar sana yang sentiasa ingin menceburi khidmat kesukarelaan. Sertailah MYCORPS volunteer kerana ini adalah salah satu langkah untuk menjadi profesional sukarelawan yang terlatih dalam mengharungi segala musibah mahupun bencana yang mendatang.

Sekian, Wassalam

"Belia Mentransformasikan Pembangunan Negara"

05 March, 2011

Ekspedisi kayak sebulan bakal cipta Malaysia Book of Records

Utusan Malaysia Online - Selatan


Ekspedisi kayak sebulan bakal cipta Malaysia Book of Records

SEREMBAN 1 Mac - Persatuan Sukarelawan Muda dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan Ekspedisi Kayak Kemanusiaan Jejak Belia Kenyalang 2011.


Ekspedisi selama sebulan bermula 14 Mac ini antara lain bertujuan mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records (MBR).


Kolej UNITI dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini berkata, pihaknya selaku penganjur latihan intensif ekspedisi itu menaja seramai 10 orang peserta dan latihan diadakan di pantai Kolej UNITI bermula 14 Februari lalu hingga 5 Mac ini.
Ekspedisi yang melibatkan laluan pesisir pantai dari Miri Ke Kuching, Sarawak itu juga turut membabitkan mahasiswa dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).


Menurut kenyataan itu, pihak penganjur menawarkan dua tempat kepada penuntut Kolej UNITI yang berminat untuk turut serta dengan kosnya akan ditanggung sepenuhnya oleh penganjur.


Selain itu, penganjur akan membantu menubuhkan Kelab Kayak Kolej UNITI di samping memberi ceramah motivasi dan kepimpinan yang disampaikan oleh ikon-ikon belia yang diiktiraf oleh kerajaan.


Antara mereka ialah Pemegang MBR berkayak paling jauh di lautan sebanyak tiga kali, Ziahul Asraf Syed Sultan.
Kenyataan itu memberitahu, program itu dilihat mampu memberi impak jangka panjang dalam melahirkan atlet kayak yang mampu mengharumkan nama Kolej UNITI pada masa depan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...