Pages

26 April, 2011

MAHA Youth Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011

Salam dan Selamat Sejahtera,


http://mahayouth.com

Malaysia Agrikultur Hortikultur & Agro Pelancongan Belia 2011 ataupun nama ringkasnya MAHA Youth 2011 akan berlangsung pada Hari Belia Negara  27 28 29 Mei 2011 bertempat di Percint 2 Bandar Belia Putrajaya.


MAHA Youth 2011 merupakan sebuah pameran pertanian yang julung kalinya diadakan bagi melibatkan belia ke arah perniagaan pertanian.Pameran yang dihoskan oleh Kementerian Belia & Sukan dan disokong oleh Kementerian Pertanian Industi & Asas Tani ini merupakan kesinambungan daripada program MAHA yang dilaksanakan secara dwi-tahunan namun apa yang menariknya, program ini dikhususkan kepada belia demi untuk menarik minat mereka menceburi industri ini.

http://www.haribelianegara.org.my/
Industri pertanian merupakan sebuah industri yang kurang diminati oleh golongan belia, tetapi ianya merupakan satu industri yang mampu menjana pendapatan lumayan.Di pameran MAHA Youth pada kali ini akan diperkenalkan pelbagai teknologi baru dan inovasi pertanian yang bakal mencetuskan minat golongan belia untuk menceburi bidang ini.


Bertemakan “ Explorasi Belia Inspirasi kepada Pertanian Malaysia ”, diharapkan agar ianya dapat memberi informasi & secara tidak langsung dapat memupuk & menarik minat belia-belia untuk menceburi bidang pertanian.

Jawatankuasa Pelaksana MAHA Youth 2011 terdiri daripada Jawatankuasa Industri Pertanian dan Asas Tani Majlis Belia Malaysia ( JIPATa ) , Information Technology Youth Movement ITYM Malaysia dan HMEO Event Consultant yang dipengerusikan oleh Saudara Nor Akmal Ibos Exco Industri, Pertanian dan Asas Tani MBM.






Julung-julung kali kesinambungan MAHA Youth 2011 ini akan menampilkan satu program pembangunan usahawan khusus untuk golongan belia di seluruh Malaysia. Program eksklusif ini yang dinamakan Youth Apprentice mendapat sokongan Majlis Belia Malaysia serta Majlis Belia Negeri akan dilancarkan oleh Y.B Datuk Seri Noh Omar selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 28 Mei 2011 di tapak MAHA Youth 2011.

http://youthapprentice.com

Untuk makluman belia- beliawanis diluar sana khususnya belia blogger segala maklumat berkenaan MAHA Youth 2011 boleh digoogle search di laman Facebook Like page MAHA Youth 2011


serta laman group chat Facebook MAHA Youth

Sebaran informasi laman facebook dan blog MAHA Youth 2011 dikendalikan oleh ahli-ahli Information Technology Youth Movement ITYM Malaysia.

http://itym.blogspot.com/







"1 Belia 1 Malaysia"
" HimpunanSejutaBelia-Putrajaya Mei 2011"


"BERGERAK SEBAGAI PEMBURU TRANSFORMASI"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...