Pages

11 May, 2011

YTV Malaysia

Salam Dan Selamat Sejahtera.






Dunia tanpa sempadan kini mula dirasai oleh semua pihak baik yang muda mahupun dewasa. Trend semasa remaja , belia , golongan muda ataupun boleh dikelaskan sebagai Generasi Y , Generasi Z dan Generasi Alpha lebih banyak menghabiskan masa di paparan skrin komputer peribadi atau komputer riba mereka daripada melihat ke kaca Televisyen meskipun dilengkapi parabola Astro.



Streamyx dengan plan terbaru unifi , YES broadband , P1 WiMax , Celcom Maxis Digi Broadband serta pelbagai Telco telekomunikasi yang berlumba-lumba menawarkan khidmat skim jalur lebar paling menarik dan terpantas. Ini adalah mereka yakin dan pasti masyarakat zaman sekarang lebih memerlukan satu rangkaian telekomunikasi terpantas untuk berhubung, melayari internet serta menjalankan kerja seharian melalui khidmat jalur lebar yang ditawarkan.

Teringat kembali zaman dial up 1515 Telekom Malaysia, bagaimana bisingnya talian internet ketika dalam proses "dial up" dilakukan. Bagaimana untungnya seorang bapa menyedari kepentingan internet  dengan menyediakan satu komputer peribadi Window 95 yang berharga lebih kurang +/- RM4k pada masa itu. Keseronokan berkomunikasi melalui laman Chat MiRC masih bermain-main di fikiran dimana ketika itu bertukar-tukar emel yahoo untuk menyambung perbualan maya di YM .


Sungguh pantas zaman berlalu, kini di era baru, zaman bertukar zaman, dengan konsep virtual TV, rakan team Information Technology Youth Movement muncul dengan satu idea baru untuk menyokong usaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, dimana mentransformasikan Generasi Y, dalam memperkasakan belia muda ke arah Transformasi Negara yang dikempemkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

YTV Malaysia memaparkan isu-isu semasa pelbagai aktiviti Generasi Y, samada sebagai penganjur mahupun peserta dalam mempromosikan gaya hidup sihat sebagai belia muda di mata masyarakat. Jika anda cuba mencari makna " REMAJA" di laman carian google akan tertulis di wikipedia Remaja merupakan satu golongan yang sentiasa membuat kesalahan. Bagaimana satu hukum jelas-jelas tertulis bahawa Remaja satu golongan yang sentiasa  bermasalah?

Disinilah kami Information Technology Youth Movement ITYM Malaysia akan membuka mata semua pihak betapa ramainya Generasi Y itu adalah mereka yang bertungkus-lumus untuk membuktikan kepada generasi terdahulu mereka adalah berguna dan boleh dipercayai.




Satu kiriman sms daripada seorang ayah kepada anak sulungnya dan dikirim kepada penulis :

Didiklah Anakmu Mengikut Zamannya

Khalifah ke-2 Islam, Saidina Umar Al-Khatab telah berkata : " Sesungguhnya anak-anak kamu itu dijadikan untuk generasi yang lain dari generasi kamu sekarang ini dan mereka dijadikan untuk menghadapi zaman yang berbeza dari zaman kamu ini" - Petikan dari Risalah Masjid Al-Hakim Mukim Taman Tanjung Chat, Siri 02/2011 -


Bukan salah mereka yang lahir pada zaman teknologi maklumat buta IT tetapi adalah mereka yang tidak mendidik anaknya mengikut arus zaman semasa.

Jika anda adalah Generasi Y Z dan Alpha marilah melawat ke laman LIKE Facebook YTV





YTV Malaysia Penyiar Rasmi Himpunan Sejuta Belia 2011 






08 May, 2011

Majlis Perundingan Belia Negara 2011 Penggal Ke 28

Salam dan Selamat Sejahtera

Entri post hari ini ditujukan khas kepada Presiden Information Technology Youth Movement Saudara Khaireel Azlee Bin Abdul Aziz , sekalung tahniah buat saudara kerana dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Belia Negara MPBN 2011 Lantikan Menteri Penggal Ke 28. Selain itu juga ahli Makmal Transformasi Pembangunan Belia turut dijemput sebagai pemerhati rasmi sidang MPBN yang diadakan setiap tahun.


Senarai Nama Ahli Lantikan Menteri MPBN Penggal Ke 28



TAHNIAH KEPADA : -
1)LIM TECK HOE
2)RAVICHANDRAN A/L BALASUBRAMNIAM
3)KRISHNA NAIDU SUBRAMANIAM
4)SUHAIL BIN MOHAMED KAMARUDDIN
5)MUHAMMAD HARIS BIN AZMAN
6)KHAIREEL AZLEE BIN ABDUL AZIZ
7)MUHAMMAD FAIZ EFFENDI YUNUS BIN MOHD FATHIL
8)MUHAMAD NAZRI BIN SHAIDON
9)MOHD AZMYL BIN MD YUSOF
10)LEE YEW HOONG
11)MUHAMAD FAIZ BIN MUHAMAD HALIL
12)MCMANUS SING
13)ALIF ASRAF BIN KAMARUN ZAMAN
14)CHEW HOONG LING
15)AIMI ARINA BINTI MD RASHEED
16)SYAFIQAH BINTI ABDUL RAHIM
17)NOORUL DIYANA DATO’ DR. AZAHAR
18)YONG CHUAN LING
19)DR. MOHAMMED NAWAR BIN ARIFFIN
20)MUHAMAD ZHARIFF BIN AFANDI



Untuk maklumat lanjut berkenaan Majlis Perundingan Belia Negara bolehlah melawat entri post ezacthezul sebelum ini :


MPBN

ITYM di MPBN

Disini juga saya ingin mewar-warkan satu inisiatif baru Information Technology Youth Movement Malaysia dalam memacu transformasi belia-belia di luar sana, lawatilah virtual tv buat belia di YTVMALAYSIA.

YTVMALAYSIA
Oleh :

Dzul Izzat Bin Misnon
Naib Presiden
Information Technology Youth Movement
Malaysia.

-ahli Makmal Transformasi Pembangunan Belia 2010
-duta belia ke Persidangan Belia Mahasiswa Komanwel Asia New Delhi 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...