Pages

28 January, 2011

Information Technology Youth Movement Malaysia

Salam dan selamat sejahtera.

28 hari di bulan Januari 2011 telah kita hadapi dengan penuh semangat dan azam baru. Begitu juga semua ahli Information Technology Youth Movement ITYM Malaysia dimana begitu banyak pencapaian dan kemajuan yang dapat kita lihat sangat memberansangkan sebagai satu pertubuhan belia baru di Malaysia.

Segala pencapaian dan kemajuan ini tidak akan terhasil tanpa sokongan dan kerjasama diantara ahli-ahli rasmi ITYM yang terdiri daripada belia-belia muda yang ingin  perubahan dilakukan.

Untuk makluman blogger-blogger diluar sana kami bukanlah hanya satu kumpulan blogger yang menulis dan menyebarkan informasi-informasi terkini tetapi merupakan satu kumpulan anak muda yang menubuhkan satu pertubuhan belia berdaftar dengan kerajaan Malaysia dimana memperjuangkan minat sebenar anak muda di masa kini.

Suara kami bukan hanya gah dipena blog malah telah dibuktikan melalui pencapaian-pencapaian yang kami paparkan di laman blog blogger-blogger ITYM. Melalui gaya penulisan yang pelbagai dimana kami telah cuba untuk menyalurkan ideologi baru belia muda masa kini kepada semua blogger di luar sana.

Diantara pencapaian Information Technology Youth Movement 2010 adalah :

1. Majlis Perundingan Belia Negara 23 Disember 2010 Sidang IV Penggal ke 27

2. Lawatan Kerja ke Singapura bersama KBS dan Ahli Makmal  11-12 Disember 2010

3. Makmal Transformasi Pembangunan Belia 1 Nov - 10 Dis 2010

4. Kapal Layar Diraja Tunas Samudera Voyage 259/2010  23 Nov - 2 Dis 2010

5. Asia Regional Cosultation On Student Youth Movement CYP Asia Centre New Delhi 13- 18 Sept 2010

6. My Selangor Story Blog Competition

7. Pelancaran Youth Town Putrajaya & Sambutan Kempen Pelancaran Hari Belia Negara 2011

8. 15th Malaysia Singapore Youth Camp MSYC 12- 20 Jun 2010

9. Sekretariat Sambutan Hari Belia Negara 2010

10. Malaysian International Youth Programme MIYP 2010

11. Creative Youth Gig Hari Belia Negara

12. Creative Youth Blog Contest Hari Belia Negara

13. Self Expression Moment Rakan Muda Hari Belia Negara

14. Watikah Perlantikan sebagai Penaja dan Rakan Kongsi Hari Belia Negara 2010

15. Bengkel Kreatif Dan Inovatif SIRIM

16. Pelancaran Kempen Belia Kreatif Dan Inovatif

17. Persidangan "Islamic Educational Scientific and Cultural Organisation" ISESCO

18. Majlis Anugerah Belia Daerah Kuala Selangor

Wassalam

Dzul Izzat Misnon
Naib Presiden
Information Technology Youth Movement

23 January, 2011

Paskal commandos foil hijack attempt in Gulf of Aden

Paskal commandos foil hijack attempt in Gulf of Aden


KUALA LUMPUR: The Royal Malaysian Navy has foiled an attempted hijacking by Somali pirates on the MT Bunga Laurel, a Malaysian chemical tanker, in the Gulf of Aden on Thursday.
Commandos from the navy’s elite team Pasukan Khas Laut (Paskal) on board the navy’s auxiliary ship Bunga Mas 5, headed by Komander Nazri Sharif, arrived in time to save the tanker that was heading for Singapore.
A total of 18 pirates, who were involved in the attack, surrendered. Seven pirates were on board Bunga Laurel while 11 were aboard their mothership.
The tanker, laden with lubricating oil and ethylene dichloride, was attacked by the pirates about 300 nautical miles (555km) east of Oman at 11.40pm.
Ragtag arsenal: Some weapons and ammunition seized from the Somali pirates.
The commandos’ swift action prevented the Malaysian International Shipping Corporation (MISC) from losing the cargo worth an estimated RM30mil, and saved 23 Filipino crew members on board the vessel.
Navy chief Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar said Bunga Mas 5 had just completed the task of escorting the tanker and another MISC liquefied natural gas carrier, MT Seri Balhaf, bound for Fujairah, to a safe zone called Easton 4 in the gulf.
“MISC Emergency Reporting Centre (ERC) received a security emergency indication at about 11.37pm from MT Bunga Laurel. MISC called Bunga Laurel by phone but there were no response from the vessel,” said Adm Abdul Aziz.
“At exactly 11.40pm, Bunga Mas 5 called MISC ERC to report that Bunga Laurel had been attacked and pirates were attempting to board the ship by using skiffs. A suspected mothership was also reported in the vicinity.
“The 23 crewmen managed to assemble in the citadel (engine room). All lights were switched off and the main engines disabled,” he said, adding that the pirates’ attempt to barge into the citadel failed.
The commando team in two boats, led by Lt-Komander Maznan Said and Lt Noor Asri Roslan, were dispatched from Bunga Mas 5, located 14 nautical miles (25.9km) away, at 1.20am.
At the same time, the navy’s Fennec attack helicopter piloted by Lt Jason Solomon John provided reconnaissance and aerial cover.
Gunshots were exchanged between the pirates from the Bunga Laureland snipers from the Bunga Mas 5 and helicopter. The pirates’ mothership attempted to move closer to Bunga Laurel but was thwarted.
Eventually, after taking heavy fire from Bunga Mas 5 and the helicopter, the pirates decided to surrender via radio.
All the pirates were captured. Three pirates suffered injuries from gunshots or splinters and given first aid, but no Malaysians were injured.

12 January, 2011

Apabila Belia Dipolitikkan

Salam dan selamat sejahtera.
http://www.sawitcantas.com.my/
Dikatakan bahawa persatuan belia di Malaysia adalah satu badan bukan kerajaan yang sinonim dengan ungkapan NGO dan merupakan badan bebas yang tidak menyebelahi mana-mana parti ataupun persatuan berunsurkan politik. 

Walaupun yang demikian apabila sesuatu organisasi itu mula nampak kemajuan dan semakin hangat diperkatakan mula ada unsur-unsur fitnah ataupun luahan pendapat individu yang tidak senang melihat perkembangan sesuatu organisasi itu.

Inilah lumrah kehidupan apabila kita semakin maju melangkah menongkah arus perdana yang rata-rata tidak dapat ditembusi oleh banyak pihak. Mereka yang mereka cerita-cerita di sebalik tabir semakin gah menabur umpan-umpan untuk menjatuhkan sesebuah organisasi yang dapat mengugat kredibiliti mereka selaku peneraju sekian lama.

Jika ungkapan Patah Tumbuh Hilang Berganti tidak dapat ditafsirkan dengan betul maka inilah terjadi apabila tunas-tunas baru mekar dicantas begitu sahaja oleh  mereka yang tidak dapat menilai apa itu emas permata harapan negara.

Bicara hati siapa yang tahu...Harapkan Haruan... Haruan Makan Anak

Wassalam.

Patah Tumbuh Hilang Berganti


Iklim

Gerhana Cinta Luka

Sinar mentari senja
Mendung menyelubungi
Melingkar jiwa
Kau hadir bagai mimpi
Laksana embun pagi
Yang menyirami

Pintamu keterlaluan
Mahligai puncak kayangan
Tak bisa ku tunaikan
Hanyalah syair sendu
Yang dapat kudendangkan
Untukmu…

1
Kita hanyut di buai gelora
Kita layarkan kamar bahtera
Akhirnya tenggelam
Karam di lautan cinta

2
Patah tumbuh hilang berganti
Mengertilah oh…
Walaupun berbeza akhirnya
Terimalah…

( ulang 1, 2 )

Jangan dikesal
Kiranya kau tersiksa
Suratan takdir
Yang telah menimpa
Kita…

Terlerai janji setia
Musnahlah segalanya
Mahkota impian
Andainya aku tiada
Usahlah ditangiskan
Kehilangan…

Kilauan cinta yang suci
Yang kau surahkan dulu
Kini gerhana…
Biarpun sebak di dada
Relakan kumelangkah
Selamanya…

10 January, 2011

Media Arus Perdana

 Media arus perdana perlu berpegang kepada prinsip berfakta: PM
oleh Zainudin Isa dan Zef Othman

2010/09/02

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata media arus perdana mampu bersaing dengan media baru seperti blog dan internet selagi ia masih berpegang kepada prinsip menyiarkan laporan berfakta.

Perdana Menteri berkata, kelebihan dan kekuatan yang dimiliki media perdana hari ini masih tidak terdapat pada media baru yang boleh diterima dan dipercayai pembaca.
"Bagi saya ada satu kekuatan, satu kelebihan media arus perdana yang mungkin kurang kekuatan pada media baru atau portal.
"Ini kerana media arus perdana boleh dianggap sebagai 'fact base' (berasaskan fakta) dan ini adalah sesuatu yang masih dituntut masyarakat," katanya pada majlis berbuka puasa bersama warga The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), di Balai Berita, petang tadi.

Najib turut meluangkan masa melawat bahagian editorial Berita Berita dan Harian Metro sebelum berbuka puasa dengan lebih 1,000 warga NSTP.

Perdana Menteri berkata, kecenderungan berita internet atau blog ialah ia boleh dibangunkan secara peribadi dan ini membezakan bahan atau berita itu sama ada ia berprinsip, bertanggungjawab dan berasaskan kebenaran.

"Seperti kita tahu media baru memuatkan banyak bahan berasaskan kepada pendapat, tidak semestinya fakta, mengandungi pendapat peribadi atau mungkin juga digunakan pendapat orang lain disiarkan dalam blog itu.

"Oleh itu mungkin juga cerita itu kurang benar, kurang tepat, tapi disiarkan dan inilah yang mesti dibezakan oleh masyarakat kita, masyarakat mesti ada keupayaaan untuk membuat penilaian, tahu membezakan kekuatan media perdana dan media baru," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu media arus perdana seperti NSTP terus berpegang kepada peranannya sebagai akhbar yang menyajikan fakta, disulami dengan pendapat bernas bagi meneruskan kesinambungan perjuangan dan pembangunan negara.

09 January, 2011

Sejarah Mengajar Kita Rasionalnya...

Keputusan wajib lulus sejarah dalam SPM muktamad: Dr Puad


2011/01/07

LABIS: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, hari ini menjelaskan, keputusan mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah muktamad. 

Menurut beliau, cuma yang belum diputuskan ialah bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut yang akan digubal dan pendekatannya bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan bagi memastikan pelajar menghayati sejarah.

"Sebenarnya, keputusan wajib lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM adalah muktamad. Kita hanya menunggu hasil kajian daripada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah sekolah menengah.
"Jawatankuasa ini sedang membuat kajian bagi memastikan kurikulum yang baru dan bakal digubal kelak benar-benar memberi impak yang berkesan untuk melahirkan generasi yang menghayati sejarah," katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan guru-guru sekolah kebangsaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tenang hari ini. 

Menurut beliau, laporan tersebut perlu diperjelaskan kerana ia boleh disalah ertikan seolah-olah kementerian akan berpatah balik dalam keputusannya untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM mulai 2013. 

Beliau juga berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu dianggotai oleh pakar sejarahwan dan pensyarah universiti yang pakar dalam bidang Sejarah. 
Kementerian, katanya akan memperkenalkan Sijil Peperiksaan ulangan untuk mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM mulai 2013. 

Langkah itu, katanya, bagi membolehkan pelajar yang gagal mata pelajaran itu mengambil peperiksaan ulangan sebagaimana mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil SPM. 

Sementara itu, Dr Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut berundur secara terhormat daripada jawatan Menteri Besar Selangor jika beliau terus berdegil membantah dan mempertikaikan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri itu. 

Katanya, pelantikan Mohamad Khusrin sudah diperkenan oleh Sultan Selangor dan dengan itu sepatutnya tidak timbul lagi soal Menteri Besar Selangor tidak mahu mengiktiraf pelantikan itu. 

"Bagi saya, kalau dia (Abdul Khalid) tetap berkeras tidak mahu mengiktiraf, sebenarnya dialah yang menimbulkan krisis perlembagaan," katanya mengulas mengenai kedegilan Abdul Khalid yang menentang pelantikan Mohamad Khusrin dengan mendesak untuk meminda Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. 

Beliau menyifatkan tindakan Abdul Khalid itu berbahaya kerana ia bukan saja menghantar isyarat salah kepada rakyat Selangor tetapi juga kepada pelabur-pelabur asing yang hendak melabur di negeri itu. 

"Bagi saya, dia sudah tidak lagi sesuai menjadi Menteri Besar...Khalid sepatutnya mengundur diri secara terhormat," katanya. - BERNAMA 

08 January, 2011

Cuti Persekolahan Lepasan SPM dan Graduan Matrikulasi

Salam dan Selamat Sejahtera,

Berhubung isu-isu yang semakin hangat diantara Kementerian Pengajian Tinggi KPT dan Kementerian Pelajaran Malaysia KPM, Kementerian Belia dan Sukan KBS boleh mengambil inisiatif ini dalam menjana kemajuan dan penerapan semangat volunteerism di kalangan skop generasi Y iaitu mereka yang berumur diantara 10-28tahun yang juga merupakan belia muda.


Kita dapat lihat program PLKN yang sedia ada tidak mencakupi seluruh jumlah lepasan SPM sedia ada malah dapat kita lihat ramai  belia muda lepasan SPM/ Matrikulasi hanya mengisi waktu cuti mereka di rumah tanpa terlibat dengan apa-apa aktiviti pembangunan kemahiran insaniah. Disini kerajaan perlu memikirkan satu polisi yang wajib digunapakai dan disertai oleh mereka ini disamping mendatangkan pendapatan kepada belia muda itu sendiri.

Bagi ezact.co remaja lepasan SPM sudah boleh dianggap matang dan mereka ini boleh didedahkan dengan industri pekerjaan dimana mereka dapat menimba pengalaman dan berpeluang mencari pendapatan sendiri. Jika kita lihat juga pada masa kini hanya segelintir remaja ini yang berani keluar dan mencari peluang-peluang pekerjaan dengan inisiatif sendiri. Mengapa tidak jika pihak kementerian mengeluarkan satu akta kepada syarikat-syarikat industri diluar sana untuk mengambil mereka ini bekerja sebagai penyumbang besar peningkatan ekonomi negara.

Mungkin boleh diwujudkan satu skim khidmat latihan pekerjaan kepada remaja lepasan SPM/Matrikulasi yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu mendapat peluang bekerja dan belajar realiti kehidupan memegang sesuatu "carier". Sebagai contoh jika belia remaja ini ingin menjadi seorang jurutera, mungkin dengan adanya satu skim ini remaja ini dapat bekerja di sebuah firma kejuruteraan untuk mendalami skop tugas yang perlu mereka lakukan. Tidak salah jika firma itu mengeluarkan elaun kerja sebanyak RM500- RM1000 jika remaja ini melakukan kerja yang sama dengan pekerja sedia ada.

Jika dikatakan skim sukarela tidak menjana apa-apa pendapatan, kerajaan Malaysia perlu sedar akan ada nya khidmat sukarela yang telah menjadi kerjaya profesional di negara-negara maju. Aktivis sukarela bermakna mereka bekerja memenuhi keperluan setempat bukan bermaksud mereka bekerja secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa bentuk balasan. Belia remaja ingin menampilkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukarela tetapi yang perlu menanggung kos adalah ibu-bapa mereka. Mengapa tidak aktiviti sukarela dalam membangunkan masyarakat setempat diberi elaun khas ataupun elaun sara diri yang ditanggung kerajaan. Dimana timbal balik yang dilakukan rakyat negara kita sendiri yang untung jika ada skim sukarela lepasan spm yang menyeluruh menolong membangunkan kawasan-kawasan pendalaman disamping mengisi senggang masa 9bulan itu.

Sedikit sebanyak coretan ezact.co@blog adalah diantara isu-isu semasa yang pernah dibincangkan.

Wassalam

07 January, 2011

KPT dan KPM Perlu Bekerjasama


Selaras kalendar IPTA, sekolah
Oleh Haika Khazi Berita Harian

2011/01/06

Kajian teliti perlu dilakukan elak sistem cuti persekolahan, SPM terjejas

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diminta melakukan kajian menyeluruh terhadap cadangan pelaksanaan penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Jun ke September kerana ia turut memberi kesan kepada tempoh menunggu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan matrikulasi untuk ke universiti. 

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata KPT juga perlu mengambil kira pandangan Kementerian Pelajaran dan golongan profesional bagi memastikan pelaksanaan kalendar akademik baru itu dapat diterima semua pihak.
“Saya difahamkan memang sudah ada perbincangan antara Kementerian Pelajaran dan KPT mengenai perkara berkenaan, namun ia tetap memerlukan kajian terperinci oleh kumpulan profesional.
“Ini disebabkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sebarang keputusan diambil oleh KPT perlu dibincangkan dengan Kementerian Pelajaran kerana ada implikasinya. 

“Kita perlu dilihat sebagai perancangan menyeluruh kerana pelaksanaan itu ada hubung kait dari segi sistem cuti persekolahan (cuti lepasan SPM) dan pengambilan pelajar baru di pusat matrikulasi di negara ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan buku bertajuk Ulam - Salad Herb of Malaysia sumbangan Kumpulan Syarikat Masbe untuk diagihkan kepada lebih 2,800 sekolah menengah, pusat matrikulasi dan institut perguruan (IPGM) di seluruh negara, dalam tempoh terdekat. 

Ka Siong mengulas cadangan KPT untuk melakukan penyelarasan Kalendar Akademik IPTA dari Jun ke September, akan dilakukan secara berperingkat mulai sesi 2011/2012 hingga sesi akademik 2013/2014. 

Kemasukan ke matrikulasi yang diselia Kementerian Pelajaran pada Mei. Cuti sekolah tahun ini pula ialah pada 12 hingga 20 Mac; 1 hingga 12 Jun dan 19 November hingga 1 Januari 2012. 



06 January, 2011

Impak Penyelarasan Kalender Akademik IPTA

Salam dan Selamat Sejahtera,

Berhubung dengan isu semasa yang telah diumumkan secara rasmi semalam ( Kalender Akademik IPTA diselaraskan ) membawa sedikit sebanyak kesan terhadap pelajar tempatan yang beranggapan bahawa peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam adalah lebih rendah jika kerajaan membuka tempat yang sedia ada kepada pelajar antarabangsa.


Apa yang diperkatakan oleh YB Menteri bukanlah mereka ingin membuka peluang pengajian secara terbuka dan besar-besaran kepada pelajar antarabangsa tetapi memudahkan program pertukaran pelajar antarabangsa dilakukan jika kalender akademik yang digunapakai selaras dengan sistem di luar negara.

Selain itu juga memudahkan mahasiswa-mahasiswa kita yang melanjutkan pelajaran di luar negara untuk mengalami jadual kalender akademik yang sama di negara sendiri. Mereka boleh membuat dan mengadakan aktiviti bersama dengan rakan-rakan mereka di IPTA dan IPTS di Malaysia. Mungkin kolaborasi program-program masa cuti semester boleh dipertimbangkan untuk membawa masuk mahasiswa-mahasiswa cemerlang yang belajar di luar negara untuk berkongsi pengalaman mereka bersama mahasiswa tempatan.

Mengikut pengalaman saya sebagai mahasiswa IPTA di shah alam apabila kita atau negara-negara luar ingin melakukan program pertukaran pelajar antarabangsa mereka terpaksa mengambil cuti selama beberapa bulan untuk mengikuti sistem pembelajaran di negara kita dan juga sebaliknya. Oleh itu kesannya terhadap mahasiswa itu adalah merugikan masa pembelajaran mereka.

Selain itu juga, apabila diselaraskan kalender akademik ini, semua IPTA boleh menyelaraskan waktu praktikal yang sama bagi semua mahasiswa pada senggang masa yang ada. Dimana mereka dapat menjana pendapatan disamping memenuhi kriteria akademik latihan industri yang ditetapkan. Di situ juga pihak kerajaan boleh membuat dan mengadakan program khas untuk pelajar-pelajar ini memenuhi masa cuti semester dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Jika kalian hayati entri-entri di laman Blogger ITYM saudara-saudari sekalian akan mengetahui berkenaan Makmal Transformasi Pembangunan Belia, disitu kami juga ada mengusulkan pelbagai polisi yang boleh digunapakai oleh kerajaan dalam membentuk pewaris negara yang berkaliber.

Oleh itu, jangan mudah melatah dan cemas kerna apabila sesuatu polisi ataupun keputusan yang dibuat oleh YB Menteri telah dibincangkan sebaik-baiknya oleh majlis kabinet dan mereka telah menyemak kebaikan dan keburukan sesuatu pembaharuan yang dijalankan.

Sekian,

05 January, 2011

Kalender Akademik IPTA Diselaraskan

Penyelarasan kalender akademik IPTA secara berperingkat




2011/01/04

PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014. 

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sebelum ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa.
Katanya, dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar IPTA perlu didedahkan dalam senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar. 

"Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar. 

"Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata penyelarasan ini juga membolehkan pelajar IPT ternama dunia datang ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester selain daripada pertukaran pelajar biasa. 
Justeru, katanya, penyelarasan kalendar dengan universiti ternama dunia boleh menguntungkan Malaysia untuk membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan. 

Di bawah kalendar baru, katanya pihak kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011. 

"Ia berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos," katanya. 

Bagi pelajar lama katanya pihak kementerian memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar terbabit wajib mengikuti kalendar asal ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011. 

Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 Sept, 2013 dan pelajar lama pada 9 September. 

Mohamed Khaled berkata, penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka. 

"Penyelarasan ini sekali gus memudahkan proses pemilihan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian," katanya. 

Penyelarasan kalendar akademik ini terletak di bawa Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau "Fasa Pengukuhan" yang bermula pada 1 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2015. - BERNAMA 


Minggu Mesra Siswa UiTM Julai 2009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...