Pages

22 February, 2011

Pilihan Raya Kampus. PRK

Salam dan selamat sejahtera,

Pendekatan Pilihan Raya Umum PRU telah lama dipraktikan di dalam IPT seluruh Malaysia. Disitu bermulanya satu pentas bicara wakil-wakil pelajar mengasah bakat sebelum berkecimpung dengan masyarakat luar. Bagaimana pula jika dikatakan Pilihan Raya Kampus tidak begitu telus apabila mereka terikat dengan AUKU mahupun akta 174?

Adakah dengan tampil ke hadapan telah cukup membuktikan seseorang itu berkaliber untuk menjadi seseorang pemimpin? Ataupun adakah dia benar-benar mahu memimpin rakan mahasiswanya dan bukan untuk meraih populariti. Bagaimana jika dikatakan walaupun beliau memenangi PRK itu manifesto-manifesto yang dijanjikan hanya hiasan poster sahaja kerna tidak mampu untuk melawan karenah birokrasi pentadbiran sesebuah IPT.

Mungkin bukan salah calon PRK itu sendiri kerna mereka belum cukup mahir selok belok pentadbiran sesebuah IPT tetapi bagi yang telah tahu hanyalah menggeleng kepala melihat percaturan MEREKA yang membuat satu sistem merugikan masa depan bangsa kerna takut ego mereka ditentang oleh si muda.

Fikir-fikirkanlah adakah lagi STUDENT POWER itu.


18 February, 2011

Sek Men Sains Selangor SMSS KL

Sekolah Berprestasi Tinggi


2011/02/17

LIMBANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.

Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang juga salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.


Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan; Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor;
Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; SK Setiawangsa, Kuala Lumpur; SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang dan SJK(C) Lick Hung, Selangor.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lalu 20 sekolah diumum sebagai SBT.

Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR.

Katanya, sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.
Beliau berkata, sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri. - BERNAMA 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...