Pages

31 December, 2010

ITYM di Majlis Perundingan Belia Negara Sidang IV Penggal Ke-27

Salam dan selamat sejahtera

 Majlis Perundingan Belia Negara Sidang IV Penggal Ke-27

Bersempena hasil resolusi Makmal Transformasi Pembangunan Belia melalui 6 inisiatif yang telah diluluskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia 21 Disember yang lalu oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, semua ahli Makmal dijemput menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara MPBN Sidang IV Penggal ke-27 Tahun 2009-2010 sebagai pemerhati di Palace of Golden Horses Seri Kembangan , Selangor.

Ahli makmal diminta membuat pembentangan 6 inisiatif yang telah dirangka selama 6 minggu kepada seluruh dewan persidangan MPBN. Majlis Perundingan ini telah dipengerusikan oleh YB Menteri Kementerian Belia dan Sukan.
Exco MBM
6 Inisiatif yang telah diluluskan Kabinet ialah
1. MyCorps Volunteer Leader
2. Dewan Belia
3.The Leader
4.Virtual Youth Center
5. My Park
6. Youth Icon
Bersama Presiden MBM
Barisan Peneraju ITYM

Sekian sahaja laporan ringkas terkini perkembangan Information Technology Youth Movement dalam mencorak Transformasi penjenamaan produk Belia negara.

29 December, 2010

Majlis Perundingan Belia Negara

Majlis Perundingan Belia Negara


Nama
1.  Maka adalah dengan ini suatu majlis dengan nama Majlis Perundingan
Belia Negara ditubuhkan.


Tafsiran
2. Dalam perlembagaan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain;

“Pertubuhan Belia” ertinya mana-mana pertubuhan yang mempunyai ciriciri yang berikut:

(a) mempunyai nama yang mengandungi perkataan “belia” atau suatu
perkataan yang mempunyai pengertian yang seumpama atau sama
dengan belia;

(b) kesemua anggotanya hendaklah berumur tidak kurang daripada lima
belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun atau manamana gabungan atau kumpulan pertubuhan yang keanggotaannya
hendaklah berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak
lebih daripada empat puluh tahun; dan


(c) mempunyai objektif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti belia.
“Belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima
belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab
bagi hal ehwal belia;
“Badan Induk Pertubuhan Belia di Peringkat Kebangsaan” ertinya
suatu pertubuhan belia yang didaftarkan dan diiktiraf sebagai badan
induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan.


Fungsi Majlis


3. Fungsi Majlis adalah untuk bertindak sebagai badan perunding dalam hal
berhubungan dengan pembangunan belia

Pemerhati MPBN Sidang IV Penggal Ke-27 (23 Dis 2010)


Keanggotaan Majlis


4.  Majlis hendaklah terdiri daripada anggota berikut:

(a) Menteri sebagai Pengerusi;

(b) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal
belia;
(c) Ketua Pengarah;

(d) Seorang wakil setiap Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab
mengenai hal ehwal belia;

(e) Seorang wakil daripada Kementerian yang bertanggungjawab bagi
Wilayah Persekutuan;

(f) Tidak lebih daripada sepuluh orang wakil daripada agensi kerajaan
yang mengendalikan hal ehwal belia yang ditentukan oleh Menteri;

(g) Tidak lebih daripada dua puluh lima orang pegawai Kementerian yang
bertanggungjawab bagi hal ehwal belia yang dilantik oleh Menteri


(h) Semua anggota Anggota Dewan Tertinggi dan Anggota Jawatankuasa
Kerja badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan; dan

(i) Tidak lebih daripada dua puluh orang yang pada pendapat Menteri
boleh menyumbang secara berkesan kepada pembangunan belia,
yang dilantik oleh Menteri.

28 December, 2010

Jelajah Singapura 2010

Salam dan selamat sejahtera

Pada 11 dan 12 Disember 2010 , ahli Majlis Tertinggi ITYM yang merupakan ahli Makmal Transformasi Pembangunan Belia 2010 mengikuti lawatan kerja Kementerian Belia dan Sukan bersama ahli makmal ke Singapura untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam usaha mentransformasikan belia-belia di Malaysia.




Diantara destinasi utama lawatan kerja ini adalah East Coast Park yang mempunyai Extreme Skatepark berstandard antarabangsa. Taman ini juga  mempunyai Trek berbasikal dan inline skating trek sepanjang lebih 15km.




Aktiviti bebas selepas makan malam bermula.




Agenda hari kedua kami di Singapura merupakan sesi dialog bersama Ministry of Community Development, Youth and Sports ( MCYS) serta National Youth Council ( NYC) Singapura.




Sesi terakhir lawatan kerja ini adalah ke Singapore Community Service Centre







Sekian.

21 December, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia 21 Dis 2010



Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Putuskan Beberapa Perkara Berkaitan Pembangunan Belia.

21 Disember 2010, Putrajaya – Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin bertempat di Bilik Persidangan ICU, Jabatan Perdana Menteri pada hari ini telah memutuskan beberapa perkara yang berkaitan pembanggunan belia di negara ini.

Perkara yang diputuskan adalah seperti berikut:


1. Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 perlu dikaji semula bersesuaian dengan kehendak semasa generasi belia dan perlu fokus pada golongan tertentu dalam kelompok belia.


2. Satu pasukan khas akan dibentuk untuk mengkaji struktur Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara keseluruhan.





3. Kementerian Belia dan Sukan diminta menubuh Pasukan Khas untuk mengkaji semua struktur kementerian dari segi kepegawaian dan sumber. KBS perlu memainkan peranan koordinasi dengan agensi kerajaan dalam bidang pembangunan belia dan tidak bertindak secara bersendirian.


4. Bersetuju inisiatif Makmal Pembangunan Belia dilaksanakan awal yang berhubung dengan pendidikan sekolah harus selari dengan Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk melihat semula soal pendidikan peringkat awal.


5. Pihak KBS perlu memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh makmal dan peruntukan boleh diselaraskan dengan kementerian-kementerian lain.


6. Bersetuju dengan Putrajaya menjadi Youth City / Malaysian Youth Park dan boleh menggunakan kemudahan yang sedia ada.


7. Pihak KBS boleh berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung dengan bajet.




8.KBS bersetuju dengan cadangan program pengurusan keluarga bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita dalam melaksanakannya.
Disediakan Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh, UKK KBS

bila DEPA turun padang

DEPA turun padang urusan kerajaan...
buat kaji selidik jadikan statistik...
Bila dipersoalkan DEPA jawab kami ada STATISTIK yang menyatakan sekian-sekian...


Statistik menyatakan bahawa seramai 11.7 juta belia merangkumi kira-kira 43% populasi Malaysia dimana had belia kita adalah 15-40 tahun dan mereka juga menyatakan bahawa  hanya 400 000 belia aktif bepersatuan manakala 2 juta pula hanya pasif di dalam persatuan belia.

Siapakah boleh menerangkan dan membentangkan statistik manakah yang mereka kaji dan suarakan ini? Siapakah yang boleh menunjukkan dengan terperinci bilangan belia yang terlibat ketika soal selidik ini dilakukan? Malah bolehkah mereka ini menyatakan apakah persatuan yang aktif di mata mereka yang melibatkan 400 000 belia masa kini.



Statistik hanyalah hiasan tulisan pena mata bulat di atas suatu kertas kosong yang dihiasi soalan-soalan terkini dimana saya boleh nyatakan 99% respoden mengisi soalan statistik dengan sambil lewa walaupun imbuhan dijanjikan dengan melengkapkan borang kajiselidik tersebut.

Jika yang diatas itu hanya bijak pandai saja berkelulusan seberang laut mereka memang terang-terang disuap bulat-bulat dengan segala jenis STATISTIK dimana mereka tidak perlu turun mengotorkan kasut berjenama ke sawah kebun dan ladang mencari belia-belia yang tidak cukup berpendidikan kerna desakan ekonomi NEGARA.

Mereka ini lah yang merosakkan hala tuju negara. Memansuhkan apa sahaja bentuk dana dan bantuan. Menaikkan segala jenis barang kawalan yang selagi boleh dinaikkan. Mereka ini berpendidikan tinggi ke langit, Berlatarbelakang keluarga yang berkroni, gaji mewah projek dapat, apa sangatlah nak dipikirkan masalah miskin hina kat kampung-kampung tu. " Not MY Problem" lafaz diucapkan.

Salam buat DEPA

              

20 December, 2010

Perang Saraf BLOGGER BLOGGAHOLIC

Salam dan selamat sejahtera,

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa ada satu kajian telah diadakan untuk mengkaji punca kekalahan parti yang mengungguli tampuk pemerintahan negara sekian lama kepada parti pembangkang. Salah satu faktor utama kekalahan tersebut adalah apabila media arus perdana tidak dilihat sebagai  penyebar maklumat utama kepada generasi X dan Y.


Salah satu faktor yang menyebabkan kekalahan itu juga adalah medium penulisan di laman blog yang semakin popular di zaman ini. Dapat kita lihat semakin banyak unsur-unsur politik cuba mengatasi dan menyebarkan maklumat menggunakan laman blog yang dilihat sebagai penghubung ataupun medium komunikasi golongan muda masa kini.

Melalui pengalaman ezact.co bersama MT ITYM kita dapat lihat kesungguhan generasi terdahulu menjalankan perang saraf yang dapat kita lihat sebagai orang muda belia bahawa mereka ketandusan idea dalam meraih undi demi PRU yang akan datang. Perlukah unsur memfitnah dan mencipta propaganda dan menimbulkan spekulasi baru untuk mengkaburi naluri Golongan Belia yang merangkumi 11.7 juta ( secara anggaran) populasi Malaysia masa kini.


Adakah salah jika meraka yang dikenali sebagai BLOGGER otai ( otai kerna sudah berumur bukan mahir dalam ilmu ICT ) menyeru kepada golongan muda agar mempromosikan atau mengadakan kempen yang bernas malah lagi menguntungkan parti mereka. Adakah mereka rasa mereka sangat hebat dan pandai mengolah kata lantas dapat mengkaburi minda muda belia kita masa kini?

Indah khabar dari rupa, pendekatan sebegini sudah lapuk dimakan zaman. Generasi muda belia masa kini sudah pandai menentukan hala tuju mereka sendiri. Mungkin rombakan dari akar umbi patut dilakukan. Buangkan sahaja perabot-perabot lama yang sudah tamat tempoh dengan perabot-perabot IKEA yang mudah dipasang dan bermutu tinggi. Sampai bila kekayaan bumi MALAYSIA hendak mereka gali sehingga anak cucu tidak dapat merasa kemewahan bumi sendiri.


Salam ingatan buat mereka yang tidak sedar lagi.

19 December, 2010

BLOGGAHOLIC

Salam selamat sejahtera...


Shopaholic is a term used to describe individual who consider themselves as addicted to shopping.

Blogaholic can be describe to individual who really addicted to blogging all the time.


Laman blog merupakan satu medium penyebaran maklumat yang dianggap sebagai jalan pintas untuk mencapai dan mempromosikan sesuatu agenda. Oleh itu ramai penulis blog atau sinonim dengan panggilan BLOGGER rajin menghasilkan nukilan-nukilan yang dapat menarik minat pembaca blog.

Persaingan sihat dapat kita lihat apabila BLOGGER ini kerap menghasilkan post baru untuk memastikan jumlah kekerapan pelawat semakin meningkat dalam statistik yang sedia  ada. Selain itu dengan mempromosikan laman blog sendiri dapat menjana pendapatan di samping melayari internet.

Kreativiti promosi BLOGGER ini tidak dapat disangkal apabila kekerapan mendapat hit tertinggi pada setiap hari dapat ditunjukkan. Malah kemunculan BLOGGER-BLOGGER ini dapat menarik minat penulis BLOG yang lain untuk mengkaji dan mencuba alternatif lain dalam mempromosikan laman blog masing-masing.

Disini kita dapat lihat kreativiti BLOGGER seperti ini jika digilap dan digunakan dengan lebih berkesan, media arus perdana kelak akan dilihat sebagai saluran sampingan dimana golongan-golongan muda ini lebih gemar mencari informasi terkini di laman blog.

BLOGGAHOLIC seperti anda merupakan perintis zaman teknologi informasi dan komunikasi masa hadapan.

16 December, 2010

Wawasan Setia Warga UiTM



Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita...jangan mudah terlupa
Pengorbanan perjuangan anak bangsa
Kita...jangan mudah terleka
Kemajuan keamanan yang ada
Kita...berterima kasih
Pada pemimpin-pemimpin negara
Kita...rasa penuh bersyukur
Kerahmatan kemulian dari nya
Kamilah pendukung pewaris bangsa
Kamilah pendaulat bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan
Untuk...negaraku..


15 December, 2010

UiTM Di Hatiku



Wujudku di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya....demi Bangsa

Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
Janjuku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua
UiTM....Usaha Taqwa Mulia

08 December, 2010

BLOG ATAU FACEBOOK

Salam dan selamat sejahtera,

Penggunaan Facebook secara meluas dan mula menjadi trend masa kini dimana kerajaan kita juga telah menggunakan Facebook sebagai medium mendekati rakyatnya sendiri. Statistik menunjukkan Malaysia adalah negara terbanyak menggunakan facebook secara meluas berbanding negara-negara maju seperti Jepun dan Korea.

Laman  Facebook hanya lebih kepada bercerita status semasa seseorang dan juga sebagai medium berkomunikasi sesama rakan selain memenuhi masa lapang dengan bermain pelbagai permainan yang dimuat turun di dalam laman Facebook. Sebarang spekulasi juga lebih mudah tersebar di laman Facebook yang boleh dibandingkan seperti virus yang berkelajuan cahaya.

Fenomena semasa disini dapat dikatakan kerajaan telah mula sedar akan kepentingan Generasi Y dalam memimpin kemajuan yang sedia ada menuju ke arah matlamat yang dirancang oleh pemimpin-pemimpin negara masa kini dan terdahulu. Tetapi adakah pendekatan yang digunakan oleh mereka ini adalah betul-betul dapat mendekati golongan Generasi Y yang lebih aktif berinteraksi di dalam medium ICT yang tidak dapat diadaptasi secara menyeluruh oleh generasi terdahulu. Dimana kemajuan sektor ICT tidak dapat dijangka dimana setiap milisaat akan ada virus baru dicipta malah pelbagai perisian dapat dikemaskini pada setiap masa.

Persoalan disini ialah Blog atau Facebook yang  lebih digemari oleh Generasi Y ? Jika kerajaan hanya memandang Facebook sebagai langkah mendekati Gen Y pendekatan mereka adalah kurang tepat dimana Generasi Y ini hanya meluahkan pendapat, membincangkan isu-isu semasa dan menyebarkan informasi terkini di dalam blog mereka secara meluas. Ini adalah kerana bagi Gen Y blog adalah satu medium yang privasi dimana hak milik penuh Blogger itu sendiri untuk berkarya seperti jika kita kata karyawan generasi terdahulu berkarya dan menyebarkan hasil karya penulisannya melalui cerpen, novel, risalah dan media cetak yang sedia ada. Bayangkan bagaimana Generasi Y menggunakan medium percuma sedia ada untuk berkarya tanpa memerlukan kos penerbitan hak cipta terpelihara malah boleh diakses di seluruh dunia.

Jika kita lihat, badan-badan kerajaan hanya menggunakan portal sebagai satu medium untuk menyebarkan maklumat, yang nyata tidak akan dibuka oleh Gen Y jika tiada keperluan tertentu malah portal ini tidak dikemaskini dari semasa ke semasa, Mengapa mereka tidak menggunakan medium blog yang telah nyata digunakan oleh Generasi Y untuk menyebarkan agenda semasa,  Generasi Y itu sendiri adalah golongan Belia masa kini yang lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu blog yang berinformasi dan mempunyai rekaan paparan skrin yang menarik dengan  'gadjet' pelbagai fungsi mengikut kreativiti seseorang Blogger itu sendiri.

Propaganda dan spekulasi melalui blog juga dijadikan sebagai salah satu faktor kekalahan parti kerajaan yang menerajui negara ini kepada parti pembangkang yang menjajah tampuk pemerintahan di beberapa negeri. Dimana impak itu terhasilnya blog 1 Malaysia oleh Perdana Menteri kita dalam mendekati Generasi Y ini.

Di sini ezact.co hanya ingin menyalurkan pendapat dari Generasi Y itu sendiri dimana suara kita masih dikaburi oleh Generasi terdahulu kerna mereka masih merasakan kita perlu dibentuk mengikut acuan sedia ada. 

Sekian.

ezact.co


01 December, 2010

Suara Generasi Y

Salam dan selamat sejahtera.

Apabila diperkatakan Generasi Y bukan semua yang tergolong di dalam generasi itu tahu apakah maksudnya istilah " Y " ini malah mereka juga tidak tahu itu adalah istilah merujuk kepada mereka sendiri. Kerajaan kita sekarang telah menetapkan bahawa Generasi Y adalah mereka yang berumur di antara 10-28 tahun dimana merupakan sebahagian besar golongan belia yang sedang mencorak ekonomi di mana-mana negara sekalipun.

Sejauh manakah agaknya suara Generasi Y ini diambil peduli jika kita kata pucuk pimpinan negara diterajui oleh generasi " Baby Boomers " yang juga merupakan ibu bapa kepada Generasi Y ini. Adakah ibu bapa pada zaman sekarang akan mendengar luahan atau pandangan oleh anak-anak mereka yang dididik dari kecil ataupun ungkapan " ah along ni memandai sahaja , ayah makan garam lagi awal dari kau "

Realiti apabila Gen Y ini mula sedar akan hala tuju kehidupannya dan ingin mencuba sesuatu yang baru ' Baby Boomers " dengan kuasa vetonya akan menghalang dan berhujah tidak perlu mencuba sesuatu yang tidak pasti teruskan sahaja dengan landasan sedia ada. Lalu Gen Y itu terdiam dan hanya menurut perintah sahaja.

Mengapa situasi ini perlu terjadi kerna mengikut pandangan mereka ( Boomers ),

1. Pengalaman adalah segalanya.
2. Tidak perlu membuang masa menceburi laluan berliku jika tidak pasti hala tujunya.
3. Ikut landasan yang sedia ada yang telah mereka corakkan
4. Mereka yang menyediakan segala keperluan
5. Mereka telah mencuba segalanya
6. Ilmu mereka lagi tinggi
7. Mereka berkuasa
8. Mereka yang paling hebat
dan seterusnya

Mungkinkah anda sebagai Gen Y akan terus terdiam dan membiarkan sahaja idea-idea lapuk ini menerajui hala tuju negara kita? Ataupun kita perlu bersuara dan menjadi lebih lantang dan memperkatakan bahawa ideologi orang muda adalah lagi penting dan selari dengan situasi semasa. Kita yang perlu menentukan matlamat kehidupan Gen Y itu sendiri dan seterusnya supaya tidak dicemuh oleh Generasi selepas Y oleh kerana kita tidak memperjuangkan agenda semasa bagaimana pula generasi mereka yang lahir-lahir telah bermain telefon bimbit , laptop dan segalanya. Mereka yang akan berada di zaman remaja ketika Gen Y mengambil alih pucuk pimpinan. Sekian.


DISCOVER OUR POTENTIAL , WE CAN DO ANYTHING IMPOSSIBLE

29 November, 2010

Lawatan Dato Razali Timbalan Menteri Belia dan Sukan Ke Makmal Tranfomasi

Salam dan Selamat Sejahtera

Lawatan Dato Razali Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

Mr Kay.. membentangkan My Corps kepada Dato Razali

28 November, 2010

Lawatan Senator Dato Idris Jala Ke Makmal Tranformasi Pembangunan Belia ...

Salam dan Selamat Sejahtera

Lawatan Senator Dato Idris Jala ke Makmal Transformasi Pembangunan Belia dimana kita dapat lihat Presiden ITYM Mr. Kay membentangkan salah satu idea kepada Senator. ( minit ke 1.01 )

25 November, 2010

adakah AUKU atau AKTA 174 masih relevan??

Salam dan Selamat Sejahtera,

Sekian lama paparan blogku agak sepi dengan kurang penulisan atau  coretan pada bulan ini kerana kesibukan menghadiri Makmal Transformasi Pembangunan Belia di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil. Kiranya malam ini tiba-tiba ku ingin menulis dan mempersoalkn mengapa kenapa dan rasional kah persoalan aku di atas.

Mari kita lihat prospek kematangan seseorang belia pada masa kini

Carta Alir Sistem Pendidikan Malaysia

Mungkinkah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda yang berumur 22 tahun akan bertanding di dalam Pilihanraya Umum ( PRU) ?, dengan mewakili mana-mana parti politik berpengaruh tanpa apa-apa biografi politik dimana bukan berasal daripada golongan elit atau dengan erti kata lain tiada ahli keluarga yang berkecimpung di arena politik negara, Jika AUKU atau  akta 174 sendiri menghalang mereka bergiat di dalam perkembangan politik negara itu sendiri.

Adakah normal jika kita kata seorang graduan Sarjana Muda yang normal itu sendiri akan mencapai tahap selesa atau kehidupan yang stabil ketika berumur 30 tahun dimana 5 tahun akan datang barulah dia akan bergiat secara aktif di dalam arena politik itu sendiri.

Dimana agaknya kesilapan akta-akta yang dibuat oleh bijak pandai sewaktu ketika dahulu jika yang arif lagi bijaksana pada zaman ini tidak ingin menggubal kerna takut mereka digugat oleh generasi muda belia itu sendiri...

Tepuk dada tanya minda

Wassalam

20 November, 2010

Cub Prix 2010

Salam dan selamat sejahtera

Petronas Cub Prix 2010 Round 9 Litar Sepang Selatan 20 - 21 November 2010.


Kategori :


  • CP130
  • CP115
  • Wira
  • Honda icon Challenge
  • Yamaha 135LC Challenge
  • Privateer

Litar Sepang Selatan


Jom pakat turun Sepang :)

14 November, 2010

Hala Tuju Selepas 5A UPSR

Salam dan sejahtera,

Belum terlambat rasanya hendak mengucapkan tahniah dan syabas diucapkan kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah baru-baru ini. Apakah impak yang adik-adik dapat apabila belajar 6 tahun di sekolah rendah diterjemahkan di dalam sijil UPSR yang akan keluar nanti.

Kepada adik-adik yang mendapat 5A


10% daripada 48 327 pelajar 5A 2010 akan mendapat tawaran Sekolah Berasrama Penuh SBP iaitu sebanyak 4 833 orang sahaja terpilih  untuk mengisi 62 buah SBP di seluruh negara ( ada beberapa SBP yang hanya mengambil kemasukan tingkatan 4 sahaja )

4 833 orang ini dipilih dari segi pencapaian akademik, sahsiah dan penglibatan kokurikulum di sekolah, selain itu juga ada beberapa kiteria yang ditentukan oleh KPM dalam kemasukan pelajar ke SBP.



+/- 10% daripada baki 90% (43494) pelajar akan ditawarkan ke 42 Maktab Rendah Sains Mara MRSM ( ada beberapa MRSM yang hanya mengambil kemasukan tingkatan 4 sahaja) tawaran mengikut permohonan secara individu oleh pelajar sendiri.

Baki 80% pelajar cemerlang ini akan mengisi kekosongan mengikut minat masing-masing ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ( SMKA) , Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) , Sekolah Menengah Agama Swasta , Sekolah Menengah Swasta , Sekolah Antarabangsa.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...