Salam dan selamat sejahtera,
Penggunaan Facebook secara meluas dan mula menjadi trend masa kini dimana kerajaan kita juga telah menggunakan Facebook sebagai medium mendekati rakyatnya sendiri. Statistik menunjukkan Malaysia adalah negara terbanyak menggunakan facebook secara meluas berbanding negara-negara maju seperti Jepun dan Korea.
Laman Facebook hanya lebih kepada bercerita status semasa seseorang dan juga sebagai medium berkomunikasi sesama rakan selain memenuhi masa lapang dengan bermain pelbagai permainan yang dimuat turun di dalam laman Facebook. Sebarang spekulasi juga lebih mudah tersebar di laman Facebook yang boleh dibandingkan seperti virus yang berkelajuan cahaya.
Fenomena semasa disini dapat dikatakan kerajaan telah mula sedar akan kepentingan Generasi Y dalam memimpin kemajuan yang sedia ada menuju ke arah matlamat yang dirancang oleh pemimpin-pemimpin negara masa kini dan terdahulu. Tetapi adakah pendekatan yang digunakan oleh mereka ini adalah betul-betul dapat mendekati golongan Generasi Y yang lebih aktif berinteraksi di dalam medium ICT yang tidak dapat diadaptasi secara menyeluruh oleh generasi terdahulu. Dimana kemajuan sektor ICT tidak dapat dijangka dimana setiap milisaat akan ada virus baru dicipta malah pelbagai perisian dapat dikemaskini pada setiap masa.
Persoalan disini ialah Blog atau Facebook yang lebih digemari oleh Generasi Y ? Jika kerajaan hanya memandang Facebook sebagai langkah mendekati Gen Y pendekatan mereka adalah kurang tepat dimana Generasi Y ini hanya meluahkan pendapat, membincangkan isu-isu semasa dan menyebarkan informasi terkini di dalam blog mereka secara meluas. Ini adalah kerana bagi Gen Y blog adalah satu medium yang privasi dimana hak milik penuh Blogger itu sendiri untuk berkarya seperti jika kita kata karyawan generasi terdahulu berkarya dan menyebarkan hasil karya penulisannya melalui cerpen, novel, risalah dan media cetak yang sedia ada. Bayangkan bagaimana Generasi Y menggunakan medium percuma sedia ada untuk berkarya tanpa memerlukan kos penerbitan hak cipta terpelihara malah boleh diakses di seluruh dunia.
Jika kita lihat, badan-badan kerajaan hanya menggunakan portal sebagai satu medium untuk menyebarkan maklumat, yang nyata tidak akan dibuka oleh Gen Y jika tiada keperluan tertentu malah portal ini tidak dikemaskini dari semasa ke semasa, Mengapa mereka tidak menggunakan medium blog yang telah nyata digunakan oleh Generasi Y untuk menyebarkan agenda semasa, Generasi Y itu sendiri adalah golongan Belia masa kini yang lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu blog yang berinformasi dan mempunyai rekaan paparan skrin yang menarik dengan 'gadjet' pelbagai fungsi mengikut kreativiti seseorang Blogger itu sendiri.
Propaganda dan spekulasi melalui blog juga dijadikan sebagai salah satu faktor kekalahan parti kerajaan yang menerajui negara ini kepada parti pembangkang yang menjajah tampuk pemerintahan di beberapa negeri. Dimana impak itu terhasilnya blog 1 Malaysia oleh Perdana Menteri kita dalam mendekati Generasi Y ini.
Di sini ezact.co hanya ingin menyalurkan pendapat dari Generasi Y itu sendiri dimana suara kita masih dikaburi oleh Generasi terdahulu kerna mereka masih merasakan kita perlu dibentuk mengikut acuan sedia ada.
Sekian.
ezact.co
emmm..betul jugak tu~
ReplyDeleteaku suka blog lebih. boleh cakap banyak. idea & pendapat
ReplyDeletedua2 suka tp... blog leh cerita panjang2...
ReplyDeletefb leh contact member2
dua-dua aku suka,
ReplyDeletejumpa kawan bukumuka,
kongsi blog kongsi rasa,
apa ada hal..semua pun memba2
peace out..heheh