Pages

29 December, 2010

Majlis Perundingan Belia Negara

Majlis Perundingan Belia Negara


Nama
1.  Maka adalah dengan ini suatu majlis dengan nama Majlis Perundingan
Belia Negara ditubuhkan.


Tafsiran
2. Dalam perlembagaan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain;

“Pertubuhan Belia” ertinya mana-mana pertubuhan yang mempunyai ciriciri yang berikut:

(a) mempunyai nama yang mengandungi perkataan “belia” atau suatu
perkataan yang mempunyai pengertian yang seumpama atau sama
dengan belia;

(b) kesemua anggotanya hendaklah berumur tidak kurang daripada lima
belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun atau manamana gabungan atau kumpulan pertubuhan yang keanggotaannya
hendaklah berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak
lebih daripada empat puluh tahun; dan


(c) mempunyai objektif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti belia.
“Belia” ertinya seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima
belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab
bagi hal ehwal belia;
“Badan Induk Pertubuhan Belia di Peringkat Kebangsaan” ertinya
suatu pertubuhan belia yang didaftarkan dan diiktiraf sebagai badan
induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan.


Fungsi Majlis


3. Fungsi Majlis adalah untuk bertindak sebagai badan perunding dalam hal
berhubungan dengan pembangunan belia

Pemerhati MPBN Sidang IV Penggal Ke-27 (23 Dis 2010)


Keanggotaan Majlis


4.  Majlis hendaklah terdiri daripada anggota berikut:

(a) Menteri sebagai Pengerusi;

(b) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal
belia;
(c) Ketua Pengarah;

(d) Seorang wakil setiap Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab
mengenai hal ehwal belia;

(e) Seorang wakil daripada Kementerian yang bertanggungjawab bagi
Wilayah Persekutuan;

(f) Tidak lebih daripada sepuluh orang wakil daripada agensi kerajaan
yang mengendalikan hal ehwal belia yang ditentukan oleh Menteri;

(g) Tidak lebih daripada dua puluh lima orang pegawai Kementerian yang
bertanggungjawab bagi hal ehwal belia yang dilantik oleh Menteri


(h) Semua anggota Anggota Dewan Tertinggi dan Anggota Jawatankuasa
Kerja badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan; dan

(i) Tidak lebih daripada dua puluh orang yang pada pendapat Menteri
boleh menyumbang secara berkesan kepada pembangunan belia,
yang dilantik oleh Menteri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...