Sekian lama paparan blogku agak sepi dengan kurang penulisan atau coretan pada bulan ini kerana kesibukan menghadiri Makmal Transformasi Pembangunan Belia di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil. Kiranya malam ini tiba-tiba ku ingin menulis dan mempersoalkn mengapa kenapa dan rasional kah persoalan aku di atas.
Mari kita lihat prospek kematangan seseorang belia pada masa kini
Carta Alir Sistem Pendidikan Malaysia |
Mungkinkah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda yang berumur 22 tahun akan bertanding di dalam Pilihanraya Umum ( PRU) ?, dengan mewakili mana-mana parti politik berpengaruh tanpa apa-apa biografi politik dimana bukan berasal daripada golongan elit atau dengan erti kata lain tiada ahli keluarga yang berkecimpung di arena politik negara, Jika AUKU atau akta 174 sendiri menghalang mereka bergiat di dalam perkembangan politik negara itu sendiri.
Adakah normal jika kita kata seorang graduan Sarjana Muda yang normal itu sendiri akan mencapai tahap selesa atau kehidupan yang stabil ketika berumur 30 tahun dimana 5 tahun akan datang barulah dia akan bergiat secara aktif di dalam arena politik itu sendiri.
Dimana agaknya kesilapan akta-akta yang dibuat oleh bijak pandai sewaktu ketika dahulu jika yang arif lagi bijaksana pada zaman ini tidak ingin menggubal kerna takut mereka digugat oleh generasi muda belia itu sendiri...
Tepuk dada tanya minda
Wassalam
MANYAK MUTUT.....KEH KEH...
ReplyDeleteklw nak tetapkan mcm tu...baekla dye tetapkan sape2 yg PERGI mengundi, kena mengundi kerajaan dan WAJIB!...KEH KEH KEH...
xpon letak je syarat pelajar di bawah akta AUKU dan akta 174 tidak dibenarkan mengundi kerna suara mereka tidak penting bg kerajaan
ReplyDelete