Pages

08 November, 2010

di sebalik Fenomena

salam dan selamat sejahtera

Di sebuah negara merdeka daripada penjajahan berbentuk fizikal ataupun realiti di atas kertas perjanjian di situ masih ada satu bentuk penjajahan ilusi yang tidak dapat dilihat oleh mata hati kita. Apakan daya semua hanya perjalanan hidup, konsep kitaran hidup yang lemah semakin ditindas yang kuat semakin lantang menunjukkan taring.


Apa yang ezact.co ingin terangkan di dalam dialog dan diari fenomena sebelum ini yang pertamanya  betapa perancangan seorang insan tidak dapat melawan takdir ALLAH S.W.T tuhan Pencipta Alam, beberapa minggu sebelum peninggalan pensyarahku selaku Ketua Program Sarjana Muda Sains Senibina UiTM aku menerima sebuah sijil ditandatangani oleh beliau, alangkah terkejut nya aku menerima berita beliau kembali ke rahmatullah beberapa hari lalu.

Kedua nya yang aku dapat lihat realiti kehidupan di luar sana seawal jam 5pagi telah ada insan bumiputera di pekan pingggiran bandar yang menunggu bas untuk ke tempat kerja di bandar raya demi nafkah zahir di muka bumi tanah air sendiri. Di mana dahulu kita adalah pewaris tanah air ini, tuan tanah berkurun lamanya dan kini hanya pencacai di tanah sendiri.

Seterusnya keindahan sahutan azan di waktu solat tidak kira dimana jua anda berada yang mempunyai hikmah kejadian penghalang dajjal si durjana daripada keluar melata di muka bumi. Mungkin anda rakan pembaca juga mengetahui terapi azan, kekuatan alunan suara azan itu sendiri mempunyai azimat pendinding yang dikurniakan oleh ilahi kepada manusia untuk menentang gangguan jin dan syaitan.

Undang-undang akta dan peraturan yang ditetapkan kadang kala menyusahkan rakyat sebenar yang terhimpit dek kemajuan ekonomi si kaya menjadi jutawan si miskin menjadi papa kedana. Jika anda pernah turun ke I-City kota hiasan lampu mungkin anda penah lihat gerai-gerai burger yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ini adalah kerana mereka mencari inisiatif rezeki sampingan untuk menjanjikan kehidupan yang lebih baik di masa kelak. Tetapi mereka perlu berlari-lari bermain sorok-sorok dengan pihak berkuasa tempatan yang menunjukkan kuasa di tempat yang salah. Salahkah bumiputera warisan anak merdeka, empunya penuh tanah ini berniaga mencari rezeki? Memang betul mereka tiada lesen penjaja tapi bagaimana pula apabila luahan realiti mereka yang memohon lesen penjaja itu betahun-tahun tidak pernah diluluskan. Jika kesempitan hidup membuatkan mereka merompak di tanah sendiri siapakah sebenarnya punca kejadian ini??


Keempat melihat dialog abang penjual burger dengan kawannya bagaimana mereka pendatang boleh menunjukkan mereka berkuasa dan ingin menindas pula mereka penduduk azali di sini? Nasib baik yang kita lihat ini adalah seorang lelaki Melayu yang tahu membela diri sendiri. Bagaimana pula jika golongan yang lebih lemah ditindas oleh pendatang-pendatang baru yang konon-kononnya bersama-sama menjana ekonomi negara tetapi membolot semua dan dikirim ke negara asal mereka?

Fenomena kejadian yang membuat ezact.co terdiam dan ligat mencari apa puncanya.

sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...