SOCIAL ENFORCEMENT FOR NATIONAL YOUTH AWARENESS PROGRAMME
SENYAP satu program kesedaran untuk pembangunan belia dari segi interaktif maya yang telah berjaya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC Kuala Lumpur baru-baru ini. Jemputan pada program ini khusus buat blogger-blogger belia dan pengguna sosial media seperti facebook dan twitter. Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah sebagai satu batu loncatan ke arah pembangunan belia dengan menggunakan pena maya belia itu sendiri. Memperkasakan golongan belia merupakan satu mandat yang diberikan kepada Information Technology Youth Movement ITYM untuk muncul dengan satu modul tersendiri dalam mencorak keberkesanan nukilan yang menyumbang ke arah keamanan negara di rangkaian sosial yang semakin ramai penggunanya.
Ramai yang tertanya-tanya apakah SENYAP dan mengapakah SENYAP ini perlu diadakan dan kenapakah dinamakan SENYAP? Mungkin persoalan ini hanya mampu dijawab bagi mereka yang telah menghadiri persidangan SENYAP baru-baru ini. Ada juga diantara mereka yang tidak betul-betul yakin dan mungkin tidak berani mencuba menghadiri ke program seperti ini tetapi syabas diucapkan kepada blogger-blogger belia yang berani tampil berkongsi idea-idea bernas kepada SENYAP kali ini.
SENYAP juga merupakan salah satu program dibawah inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia 2010 dimana ahli makmal tersebut telah mengutarakan Virtual Youth Resource Center VyRec dimana satu portal pembangunan belia tengah dalam proses pembinaan. Selain itu , kita telah biasa didedahkan dengan sukarelawan-sukarelawan yang menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan keamanan, oleh itu pada kali ini ITYM berjaya mewujudkan satu kumpulan sukarelawan IT ( cyber volunteer ) dalam menangkis segala tohmahan dan fitnah masyarakat luar kepada negara kita MALAYSIA.
De Zul
Ahli Makmal Belia 2010
Ahli Makmal Belia 2010
perenggan terakhir tu.... best2 didengar. cyber volunteer.... :)
ReplyDelete