Pages

03 March, 2014

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR

FEBRUARI 2014

Setelah sekian lama tidak menulis di laman blog ini, teringin sekali menaip dengan laju apa yang berlaku sekian lama di alam pekerjaan. Tanggal 22 Februari 2014 merupakan tarikh dimana saya menyambung pembelajaran ke peringkat sarjana separuh masa. Terlintas ketika memohon , adakah saya bersedia dan boleh memberikan tumpuan sepenuhnya.

2tahun bekerja di sektor Swasta atau lebih tepat lagi berpolitik sepenuh masa mengajar saya ilmu dunia dimana ada sahaja sifat PHD dikalangan kita. Segalanya mengajar saya menjadi lebih matang dan berkeyakinan menyelesaikan pelbagai jua rintangan.

Ketika ini, terfikir bagaimana ingin menjalani  kehidupan mengikut apa yang kita suka. Tidak terkonkong dengan permintaan dan arahan orang lain. Buat apa yang kita ingin lakukan. Buat apa yang kita suka lakukan. Hidup dengan kehidupan yang kita impikan.

Ogos 2013, saya telah mendirikan rumah tangga dimana dulu sering mengatakan akan berkahwin ketika umur 30an. Jodoh tuhan tiada siapa yang tahu. Takdir dah menentukan hidup kita di dunia. Ketika susah, ketika senang dan ketika kita berseorangan. Tetapi rakan-rakan yang rapat merupakan sahabat yang menyokong kita daripada jatuh. Indahnya dunia ini kan. 2014 mengikut tahun umur saya telah memasuki angka 27. Apa yang selama ini saya lakukan, sudah suku abad lebih hidup di dunia.

Selama 2 tahun bekerja sudah lama tidak mengikuti aktiviti yang saya suka, menjadi fasilitator kem kepimpinan, kem motivasi mahasiswa, induksi, orientasi, menjadi pengerusi majlis aktiviti-aktiviti di kampus mahupun di luar kampus.

Teringat di saat bekerja, menjadi bidan terjun "floor manager" bagi satu majlis peringkat negeri dimana VVIP kehormatnya adalah Perdana Menteri Malaysia kini. Sungguh pantas masa berlalu, tetapi dalam satu hari sahaja dengan pengalaman yang ada saya dapat menampung apa yang kurang apa yang perlu dan apa yang patut dilakukan. Pengerusi Majlis juga bukan calang-calang orang. Malah bantuan yang saya dapat juga daripada IPTS yang terkemuka di Cyberjaya.

Mungkin masa telah berlalu tetapi pengalaman dan kenalan ketika itu akan ingat siapa kita pada masa akan datang.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...