Pages

21 December, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia 21 Dis 2010



Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Putuskan Beberapa Perkara Berkaitan Pembangunan Belia.

21 Disember 2010, Putrajaya – Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin bertempat di Bilik Persidangan ICU, Jabatan Perdana Menteri pada hari ini telah memutuskan beberapa perkara yang berkaitan pembanggunan belia di negara ini.

Perkara yang diputuskan adalah seperti berikut:


1. Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 perlu dikaji semula bersesuaian dengan kehendak semasa generasi belia dan perlu fokus pada golongan tertentu dalam kelompok belia.


2. Satu pasukan khas akan dibentuk untuk mengkaji struktur Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara keseluruhan.





3. Kementerian Belia dan Sukan diminta menubuh Pasukan Khas untuk mengkaji semua struktur kementerian dari segi kepegawaian dan sumber. KBS perlu memainkan peranan koordinasi dengan agensi kerajaan dalam bidang pembangunan belia dan tidak bertindak secara bersendirian.


4. Bersetuju inisiatif Makmal Pembangunan Belia dilaksanakan awal yang berhubung dengan pendidikan sekolah harus selari dengan Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk melihat semula soal pendidikan peringkat awal.


5. Pihak KBS perlu memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh makmal dan peruntukan boleh diselaraskan dengan kementerian-kementerian lain.


6. Bersetuju dengan Putrajaya menjadi Youth City / Malaysian Youth Park dan boleh menggunakan kemudahan yang sedia ada.


7. Pihak KBS boleh berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung dengan bajet.




8.KBS bersetuju dengan cadangan program pengurusan keluarga bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita dalam melaksanakannya.
Disediakan Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh, UKK KBS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...