Pages

06 October, 2010

agenda KONSPIRASI spekulasi


Salam dan selamat sejahtera

Laman sosial menjadi budaya masa kini sebagai penghubung dunia tanpa sempadan. Semuanya ada pada penghujung jari anda semua. Malah apa sahaja boleh dicari menggunakan enjin carian laman web sedia ada. Walaupun begitu masih ada segelintir pengguna internet yang manja dan tidak menggunakan kemudahan sedia ada dengan sebaik yang mungkin.

Tetapi kelemahan yang ada di enjin carian yang sedia ada secara nyata tersurat di hadapan setiap pengguna internet adalah sesiapa sahaja boleh mencipta sesuatu fakta tanpa pengesahan mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Dan apabila sesuatu perkara dijadikan fakta menggunakan logik akal maka spekulasi terjadi ekoran agenda pencipta fakta berkenaan. Spekulasi agenda si pencipta mudah tersebar di laman sosial yang digemari ramai hatta kerajaan sendiri kerna ingin mendekati rakyatnya.


Konspirasi disini menyebarkan sesuatu agenda mengungkap spekulasi untuk keuntungan sesuatu pihak. Ramai tidak sedar bahawa apabila sesuatu maklumat hanya dihujung jari sahaja memperlihatkan budaya kurang mengkaji kebenaran sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Apabila sesuatu agenda menjadi fakta mereka kurang mencungkil maklumat dari sudut pandangan berbeda. Malahan apa yang didepan mata mereka telan bulat-bulat tanpa perlu menyangkal menyoal dan mengkaji kebenarannya. Niat asal pencipta agenda adalah untuk menyedarkan masyarakat dengan spekulasi yang dicipta oleh sesebuah konspirasi tetapi kerna dek kecetekan dan ketidak ketepatann sumber agenda itu si pencipta dihukum bersalah mandatori. Dimana sifat mulia si pencipta agenda yang ingin menyebarkan risalah kebenaran tersurat pada mulanya dinilai? tidak sama sekali bersalah mandatori diberi oleh masyarakat yang hanya diam membisu kerna takut mengutarakan pandangan dan pendapat sendiri.

Sang pencipta agenda adalah lebih patut dihormati kerna membuka mata mereka yang lalai dengan kemewahan dunia ciptaan si konspirasi. Mungkin si pencipta agenda tidak cukup ilmu ataupun kurang berpengetahuan dalam bidang yang tidak sebenar-benar diceburinya tetapi dia telah melakukan spekulasi demi membuka mata masyarakat. Tetapi pabila masyarakat melatah menyebabkan si pencipta dan mereka yang ingin berkongsi pandangan dari sudut berbeda yang lagi kreatif dan bijak pandai terdiam membisu apabila masyarakat terikat dengan sejarah dibuat oleh konspirasi.




Apabila yang demikian terjadi seorang rakan bertanyaku, jika begitu bagaimana hendak mengetahui mana yang benar diantara semua fakta yang dicipta? Lalu ku terdiam dan berkata ilmu di dunia ini sangat luas dan mustahil manusia mengetahui semua perkara. Kembalilah kepada apa yang diamanahkan kepada kita. Jika tidak mampu berfikir apa yang melampaui batas pemikiran manusia buatlah apa yang telah diperintahkanNYA sahaja dan jangan mudah melatah apabila sesuatu agenda dicipta dan spekulasi disebarkan di laman sosial kerna konspirasi yang akan tersenyum berjaya melaga-lagakan umat manusia.

agenda KONSPIRASI spekulasi

05 October, 2010

1 ITYM 1 BELIA 1 MALAYSIA


Salam dan Selamat Sejahtera

Teringat pengalamanku di sidang perbincangan keberkesanan pertubuhan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi merangkap Belia Pemimpin Masa Hadapan negara-negara Komanwel Asia beberapa minggu yang lalu.

Di hadapan 6 buah Negara termasuk Malaysia , Singapura , Brunei , India , Bangladesh, dan Sri Langka ( Pakistan & Maldives tidak dapat menghantar delegasi ) aku berlatar-belakangkan mantan beberapa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di UiTM dan memegang portfolio Gerakan Belia Teknologi Informasi yang lebih dikenali Information Technology Youth Movement salah satu pertubuhan Belia Berdaftar di bawah seksyen 10 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 diberi tanggungjawab membawa nama MALAYSIA ke persidangan ini.

Aku tersentuh ketika satu slot membentangkan pencapaian negara dihadapan negara yang menyertai. Betapa semangat dan berkobar hati ini apabila pencapaian negara kami bentangkan. Pembangunan negara yang pesat di bawah perancangan Bapa Pembangunan kita Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad memberi imej kita bukan calang-calang negara di Asia.

Penciptaan kereta buatan negara Proton ,Multimedia Super Corridor dengan pembinaan Menara Berkembar Petronas sehingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur, Litar Antarabangsa Sepang , Petronas , Komanwel 1998, Lotus Car , Team Lotus Racing dan pelbagai pencapaian yang terlampau banyak untuk dimuatkan dalam slot 15minit sahaja.

Malaysia juga merupakan satu-satunya negara yang mempunyai Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 akta khusus untuk belia yang memberi peluang Belia seperti anda diluar sana mengenal jati diri kepimpinan memimpin masyarakat. Akta ini juga melindungi dan menyokong gerakan belia untuk masa hadapan negara kelak.

Kami juga turut berkongsi perancangan yang telah dicorak oleh pemimpin-pemimpin negara pada masa dahulu dan juga masa kini yang berlandaskan keamanan dan kedaulatan negara berbilang bangsa.

Kempen-kempen yang dilancarkan kerajaan kita sedikit sebanyak mempengaruhi minda remaja anak muda belia diluar sana betapa pentingnya sesuatu perkara negatif yang perlu dihindari sejak usia muda. Lantas mendominasi pembangunan pesat di mata dunia.

Keamanan yang kita kecapi haruslah dijaga kedaulatannya. Kita sebagai anak Malaysia pewaris tampuk kepimpinan di masa hadapan perlulah sedar akan tanggungjawab kita, keluarlah daripada zon selamat pendinding maya yang diwujudkan , bukan pencapaian individual yang perlu dikejar tetapi kesepakatan sesebuah masyarakat khususnya.


1 Suara 1 Komuniti 1 Persatuan

1 BELIA 1 MALAYSIA

03 October, 2010

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU




7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU


1) Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);





2) Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;





3) Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;





4) Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;





5) Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;





6) Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;





7) Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).








Peringatan Raja Nazrin Shah




Wasiat sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.
Raja Nazrin Shah telah merujuk kepada :
Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...