Salam dan Selamat Sejahtera
Teringat pengalamanku di sidang perbincangan keberkesanan pertubuhan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi merangkap Belia Pemimpin Masa Hadapan negara-negara Komanwel Asia beberapa minggu yang lalu.
Di hadapan 6 buah Negara termasuk Malaysia , Singapura , Brunei , India , Bangladesh, dan Sri Langka ( Pakistan & Maldives tidak dapat menghantar delegasi ) aku berlatar-belakangkan mantan beberapa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di UiTM dan memegang portfolio Gerakan Belia Teknologi Informasi yang lebih dikenali Information Technology Youth Movement salah satu pertubuhan Belia Berdaftar di bawah seksyen 10 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 diberi tanggungjawab membawa nama MALAYSIA ke persidangan ini.
Aku tersentuh ketika satu slot membentangkan pencapaian negara dihadapan negara yang menyertai. Betapa semangat dan berkobar hati ini apabila pencapaian negara kami bentangkan. Pembangunan negara yang pesat di bawah perancangan Bapa Pembangunan kita Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad memberi imej kita bukan calang-calang negara di Asia.
Penciptaan kereta buatan negara Proton ,Multimedia Super Corridor dengan pembinaan Menara Berkembar Petronas sehingga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur, Litar Antarabangsa Sepang , Petronas , Komanwel 1998, Lotus Car , Team Lotus Racing dan pelbagai pencapaian yang terlampau banyak untuk dimuatkan dalam slot 15minit sahaja.
Malaysia juga merupakan satu-satunya negara yang mempunyai Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 akta khusus untuk belia yang memberi peluang Belia seperti anda diluar sana mengenal jati diri kepimpinan memimpin masyarakat. Akta ini juga melindungi dan menyokong gerakan belia untuk masa hadapan negara kelak.
Kami juga turut berkongsi perancangan yang telah dicorak oleh pemimpin-pemimpin negara pada masa dahulu dan juga masa kini yang berlandaskan keamanan dan kedaulatan negara berbilang bangsa.
Kempen-kempen yang dilancarkan kerajaan kita sedikit sebanyak mempengaruhi minda remaja anak muda belia diluar sana betapa pentingnya sesuatu perkara negatif yang perlu dihindari sejak usia muda. Lantas mendominasi pembangunan pesat di mata dunia.
Keamanan yang kita kecapi haruslah dijaga kedaulatannya. Kita sebagai anak Malaysia pewaris tampuk kepimpinan di masa hadapan perlulah sedar akan tanggungjawab kita, keluarlah daripada zon selamat pendinding maya yang diwujudkan , bukan pencapaian individual yang perlu dikejar tetapi kesepakatan sesebuah masyarakat khususnya.
1 Suara 1 Komuniti 1 Persatuan
1 BELIA 1 MALAYSIA
saya bangga saya anak malaysia! :D
ReplyDelete:)
ReplyDelete