Salam dan Selamat Sejahtera
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.
Kriteria utama untuk pengklasifikasikan
1. Jumlah pekerja tetap
2. Jumlah jualan tahunan
Kelas sektor IKS
1 Pertanian Asas
2 Perkilangan (termasuk asas tani);
3 Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan (PBP)
4 Perkhidmatan (termasuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
Untuk menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Selain itu, perniagaan-perniagaan tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan.
Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan.
Berikut adalah geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS:
Persoalan disini bagaimana penduduk luar bandar yang mempunyai modal hasil simpanan bekerja berpuluh tahun ingin membuka industri kecil dan sederhana untuk menjana ekonomi di sekelilingnya.
Setelah apa yang anda lihat sistem birokrasi ataupun undang-undang yang dibuat oleh kerajaan kita agak rumit malahan seorang graduan universiti pun tidak akan memulakan kerjaya pertamanya dengan mencebur diri ke arena yang lebih mendatangkan hasil cukup sekadar makan gaji sahaja.
Memang benar ada khidmat nasihat yang diberikan seperti berikut:
Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi Kerajaan dan beberapa badan yang lain.
Tetapi sejauh manakah profesional pakar-pakar ekonomi ini malahan mereka juga tidak ada pengalaman dalam mengusahakan industri kecil dan sederhana ini hanya mendapat pengiktirafan PHD barangkali dengan tugasan-tugasan yang disiapkan di dalam kajiannya sahaja. ( mereka ini juga makan gaji sahaja).
Apa yang ezact.co ingin sampaikan disini apabila melihat industri yang diusahakan 100% oleh keluarga Mr Kay diganggu dengan karenah birokrasi negara apabila sesuatu perusahaan bumiputera melayu secara khususnya yang menjana 100% ekonomi jiran tetangga bumiputera didatangi pegawai-pegawai birokrasi yang ingin menjalankan tugas mereka tanpa melihat apakah impak yang akan berlaku kepada kemajuan ekonomi mereka penduduk di luar bandar ini.
Adakah kesenangan mereka penguasa birokrasi ingin menindas kesusahan sebenar rakyat di luar bandar yang ingin menambah pendapatan tanpa perlu bekerja berpuluh kilometer di kawasan perkilangan yang sedia ada di bandar raya. Mereka ini terdiri daripada suri rumah sepenuh masa yang perlu menjaga anak-anak kecil di rumah disamping menambah pendapatan keluarga.
Realiti kehidupan di luar sana adalah lebih menyedihkan. Bagaimana seorang pekerja kilang berpendapatan 1500 ingin menyara keluarga jika tiada pendapatan sampingan. Itupun jika kita lihat pada masa kini rata-rata pekerja-pekerja kilang kita diimport dari negara-negara membangun. Industri bola sepak kita juga buat masa kini tiada pengambilan pemain import tetapi mereka yang mengusahakan industri besar lebih suka mengimport pekerja untuk membuat produk yang dieksport.
Owh dimana silapnya perancangan mereka yang mencorakkan perjalanan ekonomi negara jika masih ramai rakyat malaysia yang hidup di bawah paras sederhana. Malah pekerja-pekerja import mereka ini bertambah kaya dan menjadi jutawan di negara asal mereka.
Renungkan..
No comments:
Post a Comment