Pages

11 October, 2010

Cabaran ke dunia BLOGGERS

salam dan selamat sejahtera...

Akhirnya kesibukan berkhidmat untuk negara telah selesai selepas berpanas, berhujan, terbakar muka, kepenatan di malam hari setelah berakhirnya Moto GP Malaysia 10 10 10...
( laporan moto gp akan disiarkan di kemudian hari )

Kesibukan di litar sepang tidak menghalang ezact.co untuk melihat dunia bloggers seperti anda semua. Setelah berjalan-jalan di skrin-skrin blog barulah ezact.co melihat fenomena dunia blogger yang sangat meluas di mana pelajar sekolah rendah juga mempunyai blog yang di update sekian-sekian masa dan lebih cantik senibina paparan skrin blognya daripada kita yang lebih dewasa. Maklumlah ezact.co baru sebulan dua ini sahaja aktif secara rasminya di dunia blog kerna menyahut cabaran 10 000 bloggers BELIA untuk kempen Hari BELIA 2011 yang dilancarkan oleh Mr President Information Technology Youth Movement sempena Himpunan Sejuta BELIA oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pengisian dan hebahan maklumat yang berlainan diulas dan dikarya oleh individu-individu sendirian berhad menjadikan maklumat dapat disalurkan dengan lebih meluas dan menarik. Disinilah ezact.co ingin mewar-warkan kepada anda semua sebagai Belia Bloggers akan kepentingan penulisan anda di dunia realiti :) hebahan dan semangat menyalurkan informasi seperti andalah yang kami cari :).

Jika anda melihat ezact.co @ ezact.co@blog melawat paparan blog anda.. bacalah sendikit informasi berkenaan kami suara Belia untuk Belia seperti anda.. mungkin yang muda remaja kurang berpengetahuan tetapi kami akan pastikan anda menambah ilmu pengetahuan dunia realiti dari masa ke semasa. Ezact.co dan rakan-rakan ITYM akan sentiasa cuba meluangkan masa melihat nukilan anda dan memperbaiki kelemahan kami dalam usaha mendekati belia muda.

Coretan kami bukan diari si remaja dan luahan hati sang panglipur lara sahaja..kami ingin menyalurkan dan menghebahkan apa yang BELIA patut sedar dan perbaiki untuk kemajuan diri dan masyarakat. Mungkin coretan ini tidak menarik untuk dibaca dan tidak "HOT" untuk menaikkan trafik blog anda tetapi kami serius ingin mendekati BLOGGERS BELIA seperti anda.

cabaran 10 000 BLOGGERs HARI BELIA NEGARA 2011 dari kami ITYM Malaysia.


3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...