" Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015"
Salam..
Isu paling hangat diperkatakan selepas Perdana Menteri kita mengumumkan Bajet 2011 baru-baru ini. Dari veteren ke muda belia, sekolah ke universiti , pengganggur ke penjawat kerajaan, pelbagai pandangan pendapat hatta luahan perasaan dapat kita dengari dan tatapkan, politikus sibuk mempertahankan dan mencanang agenda parti masing-masing dengan membuat pelbagai spekulasi memburuk-burukkan perancangan sesebuah perjuangan.
Pandangan pertama apabila mendengar penyataan bajet berhubungan pembinaan menara 100 tingkat, "wow hebat lagi tinggi dari menara berkembar Petronas" satu isu membanggakan aku sebagai rakyat Malaysia. Kemudian aku terpikir siapakah pula 'developer' , kontraktor utama , designer @ arkitek , sub-con malah buruh binaan yang terlibat dalam pembinaan menara tersebut. Apakah pula isi kandungan di dalam bangunan tersebut apabila siap nanti?
Sejurus selepas pengumuman bajet aku ternampak satu "group page' di facebook yang membantah pembinaan mega projek ini yang disokong puluhan ribu oleh pengguna facebook dalam sekelip mata pula. Pernahkah anda semua terpikir siapakah dalang yang mencanang spekulasi-spekulasi terbabit, Konspirasi di sebalik tabir sesuatu bantahan dibuat. Sungguh pantas mereka ini mengumpul kroni untuk menunjukkan pandangan mereka hebat malah segelintir belia-belia pengguna tegar laman sosial facebook ini kemaruk menyatakan sokongan tanpa usul periksa,
Mungkin banyak lagi selain isu bajet Warisan Merdeka ini yang dipersoalkan seperti aku yang cuba memahami kemanakah saluran-saluran bajet ini diperuntukkan. Disini aku ingin menegaskan kepada belia muda di luar sana malahan yang telah dewasa agar tidak menghukum membabi buta sesuatu perancangan yang telah dikaji selidik oleh pihak yang bertanggungjawab mengusulkan sesuatu perancangan itu, Bukan tindakan refleks, perancangan seharian, ekspresi kanak-kanak kepingin coklat di kedai yang diluahkan oleh rakyat yang mudah melatah yang harus diperbandingkan dengan bajet dibentangkan oleh Perdana Menteri kita.
Bukan ini bermakna aku bersetuju dengan semua bajet yang dibentangkan tetapi siapalah aku yang tahu akan semua perancangan yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik yang telah membuat kajian terperinci sesebuah perancangan. Mungkin dari segi pandangan aku yang juga pelajar senibina, projek ini memberi peluang kepada rakan-rakan ku yang baru 'graduate' untuk turut menjana ekonomi negara. Memberi peluang kepada mereka untuk membayar hutang graduasi pinjaman kerajaan kita. Memberi mereka pengalaman menguruskan mega projek di tanah air tercinta.
Mungkin tidak ramai yang kenal " Hijjas Kasturi " dimana bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur sewaktu ketika dulu adalah hasil sentuhannya. Mungkin tidak ramai yang tahu pereka bentuk litar kebanggaan negara menghasilkan ciptaan terunggul pertamanya di negara kita yang membuka mata dunia sentuhannya adalah menganggumkan lantas banyak negara telah mendapatkan khidmatnya selepas itu.
Pro dan kontra sesuatu pembangunan adalah sangat banyak jika hendak disenaraikan tetapi agemda spekulasi yang dibuat oelh sesebuah konspirasi pasti ada untuk memburuk-burukkan lagi keadaan. Masing-masing ada agenda yang perlu dipertahankan demi kepentingan sendiri. Bukalah mata pasanglah telinga, tafsirkan guna minda yang sihat. Bukan bermakna mereka kerajaan mereka benar dan bukan bermakna mereka pembangkang mereka salah. Ataupun mereka lah perancang di sebalik semua spekulasi .
wassalam :)
No comments:
Post a Comment