Pages

20 October, 2010

Bajet 2011





salam dan selamat sejahtera


Satu lagi tarikh yang menarik pada tahun ini selepas 10 10 10  10 hari yang lepas menjelma dengan pelbagai suka dan duka tercatat dalam memori kita semua. Beberapa hari selepas itu Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2011.



1. Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.


2. Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.


3. Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. 

4. Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit. 

5. Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015. 

16 October, 2010

MOTO GP MALAYSIA 2010

Salam dan Selamat Sejahtera

Setelah 5 hari selepas pelumbaan motor paling berprestij dunia berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang kemeriahan di laman Facebook pengunjung dan petugas dapat kita lihat pelbagai ragam yang direkod dan dipamerkan melalui gambar-gambar yang menarik di sekitar Litar . Disni saya mempamerkan koleksi album team recovery yang dapat diambil ketika bertugas.http://www.facebook.com/video/video.php?v=160715253953748 http://www.facebook.com/video/video.php?v=160715253953748

Turn 14 Outer
Recover Bikers Cup

125cc

Moto 2 

4x4 Turn 9 Inner Chief Botak

Turn 15 Inner



Pick Up Rider ( Chief Meor )




Winner 



Crew Recovery Team

Mane suis die ni??

Chief Zamir
Malaysian Rider Moto 2 Finish at 22 place


Selain perlumbaan utama Moto GP 850cc (500cc), Moto 2 600cc (250cc) , dan  Moto GP 125 cc .. penganjur turut menganjurkan "support race" bagi kategori superbike , superstock , supersport dan juga bikers bagi memeriahkan suasana pada hari perlumbaan.

11 October, 2010

Cabaran ke dunia BLOGGERS

salam dan selamat sejahtera...

Akhirnya kesibukan berkhidmat untuk negara telah selesai selepas berpanas, berhujan, terbakar muka, kepenatan di malam hari setelah berakhirnya Moto GP Malaysia 10 10 10...
( laporan moto gp akan disiarkan di kemudian hari )

Kesibukan di litar sepang tidak menghalang ezact.co untuk melihat dunia bloggers seperti anda semua. Setelah berjalan-jalan di skrin-skrin blog barulah ezact.co melihat fenomena dunia blogger yang sangat meluas di mana pelajar sekolah rendah juga mempunyai blog yang di update sekian-sekian masa dan lebih cantik senibina paparan skrin blognya daripada kita yang lebih dewasa. Maklumlah ezact.co baru sebulan dua ini sahaja aktif secara rasminya di dunia blog kerna menyahut cabaran 10 000 bloggers BELIA untuk kempen Hari BELIA 2011 yang dilancarkan oleh Mr President Information Technology Youth Movement sempena Himpunan Sejuta BELIA oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pengisian dan hebahan maklumat yang berlainan diulas dan dikarya oleh individu-individu sendirian berhad menjadikan maklumat dapat disalurkan dengan lebih meluas dan menarik. Disinilah ezact.co ingin mewar-warkan kepada anda semua sebagai Belia Bloggers akan kepentingan penulisan anda di dunia realiti :) hebahan dan semangat menyalurkan informasi seperti andalah yang kami cari :).

Jika anda melihat ezact.co @ ezact.co@blog melawat paparan blog anda.. bacalah sendikit informasi berkenaan kami suara Belia untuk Belia seperti anda.. mungkin yang muda remaja kurang berpengetahuan tetapi kami akan pastikan anda menambah ilmu pengetahuan dunia realiti dari masa ke semasa. Ezact.co dan rakan-rakan ITYM akan sentiasa cuba meluangkan masa melihat nukilan anda dan memperbaiki kelemahan kami dalam usaha mendekati belia muda.

Coretan kami bukan diari si remaja dan luahan hati sang panglipur lara sahaja..kami ingin menyalurkan dan menghebahkan apa yang BELIA patut sedar dan perbaiki untuk kemajuan diri dan masyarakat. Mungkin coretan ini tidak menarik untuk dibaca dan tidak "HOT" untuk menaikkan trafik blog anda tetapi kami serius ingin mendekati BLOGGERS BELIA seperti anda.

cabaran 10 000 BLOGGERs HARI BELIA NEGARA 2011 dari kami ITYM Malaysia.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...