Pages

08 November, 2010

di sebalik Fenomena

salam dan selamat sejahtera

Di sebuah negara merdeka daripada penjajahan berbentuk fizikal ataupun realiti di atas kertas perjanjian di situ masih ada satu bentuk penjajahan ilusi yang tidak dapat dilihat oleh mata hati kita. Apakan daya semua hanya perjalanan hidup, konsep kitaran hidup yang lemah semakin ditindas yang kuat semakin lantang menunjukkan taring.


Apa yang ezact.co ingin terangkan di dalam dialog dan diari fenomena sebelum ini yang pertamanya  betapa perancangan seorang insan tidak dapat melawan takdir ALLAH S.W.T tuhan Pencipta Alam, beberapa minggu sebelum peninggalan pensyarahku selaku Ketua Program Sarjana Muda Sains Senibina UiTM aku menerima sebuah sijil ditandatangani oleh beliau, alangkah terkejut nya aku menerima berita beliau kembali ke rahmatullah beberapa hari lalu.

Kedua nya yang aku dapat lihat realiti kehidupan di luar sana seawal jam 5pagi telah ada insan bumiputera di pekan pingggiran bandar yang menunggu bas untuk ke tempat kerja di bandar raya demi nafkah zahir di muka bumi tanah air sendiri. Di mana dahulu kita adalah pewaris tanah air ini, tuan tanah berkurun lamanya dan kini hanya pencacai di tanah sendiri.

Seterusnya keindahan sahutan azan di waktu solat tidak kira dimana jua anda berada yang mempunyai hikmah kejadian penghalang dajjal si durjana daripada keluar melata di muka bumi. Mungkin anda rakan pembaca juga mengetahui terapi azan, kekuatan alunan suara azan itu sendiri mempunyai azimat pendinding yang dikurniakan oleh ilahi kepada manusia untuk menentang gangguan jin dan syaitan.

Undang-undang akta dan peraturan yang ditetapkan kadang kala menyusahkan rakyat sebenar yang terhimpit dek kemajuan ekonomi si kaya menjadi jutawan si miskin menjadi papa kedana. Jika anda pernah turun ke I-City kota hiasan lampu mungkin anda penah lihat gerai-gerai burger yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ini adalah kerana mereka mencari inisiatif rezeki sampingan untuk menjanjikan kehidupan yang lebih baik di masa kelak. Tetapi mereka perlu berlari-lari bermain sorok-sorok dengan pihak berkuasa tempatan yang menunjukkan kuasa di tempat yang salah. Salahkah bumiputera warisan anak merdeka, empunya penuh tanah ini berniaga mencari rezeki? Memang betul mereka tiada lesen penjaja tapi bagaimana pula apabila luahan realiti mereka yang memohon lesen penjaja itu betahun-tahun tidak pernah diluluskan. Jika kesempitan hidup membuatkan mereka merompak di tanah sendiri siapakah sebenarnya punca kejadian ini??


Keempat melihat dialog abang penjual burger dengan kawannya bagaimana mereka pendatang boleh menunjukkan mereka berkuasa dan ingin menindas pula mereka penduduk azali di sini? Nasib baik yang kita lihat ini adalah seorang lelaki Melayu yang tahu membela diri sendiri. Bagaimana pula jika golongan yang lebih lemah ditindas oleh pendatang-pendatang baru yang konon-kononnya bersama-sama menjana ekonomi negara tetapi membolot semua dan dikirim ke negara asal mereka?

Fenomena kejadian yang membuat ezact.co terdiam dan ligat mencari apa puncanya.

sekian.

07 November, 2010

FENOMENA 2

alkisah        

cerita kedai kopi      : wei aku nak makan burger la.. mengidam

ezact.co                  : lor tadi ko dah melantak steamboat apa kejadahnya lapar mengidam pula

cerita kedai kopi     : ala tadi tak ada nasi aku bugis peranakan makan nasi je baru kenyang

ezact.co                  : yela-yela lagi sejam aku bawak ko pergi tapau burger special punya

dua jam kemudian,

cerita kedai kopi     : salam, bang burger spesel tambah cheese tak nak telur satu

ezact.co                  : celah mane spesel camtu..

cerita kedai kopi     : spesel ikut lidah aku la

abg burger kristal   : sabar-sabar boleh je spesel macam mana pon tapi burger biasa habislah bro tinggal homemade je

cerita kedai kopi    : ( membisik ke ezact.co) homemade tu pa benda

ezact.co                 : ko tak reti bace bunting besar tu ke ?

cerita kedai kopi    :  owh tahu tapi apa tu?

abg burger kristal   : daging burger buat sendiri la, spesel punya nak perisa apa macam-macam ada

ezact.co                 : dia ni lampi bro jangan layan hahaha

cerita kedai kopi    : ha perisa tomyam satu rendang satu

abg burger kristal    : ok set 10 minit siap

selang waktu memasak

abg burger kristal 2 sampai selepas menghantar pesanan ( delivery servis macam Mc D la)

abg burger 1 : apsal lambat

abg burger 2 : traffic jam hari raya biasa lah

abg burger 1 : ok beres

abg burger 2 : ko nak tahu gila kerek mamat nepal guard apartment tu nak kencing aku plak

abg burger 1 : apsal plak?

abg burger 2 : ada ke patut tak nak bayar

abg burger 1 : haih dia ingat dia tokey ka

abg burger 2 : dia pi cakap lu orang mana boleh masuk ini apartment tanpa kebenaran, bos besar tarak bagi, kteorang bagi masuk lu orang belanja la burger.

abg burger 1 : haih suka hati mak bapak dia ja cakap camtu

abg burger 2 : tuela pasal, aku cakap la ko gila apa, lu punya manager kamching dengan kteorang ma

abg burger 1 : dia ingat dia pengawal keselamatan dok jaga melangut depan pintu masuk dia tokey la?

abg burger 2 : kalau ikut hati,aku pelangkung ja mamat nepal tu tak sedar diri

ezact.co & cerita kedai kopi : bila nak siap ni ( bisik sesama sendiri )


*penggunaan bahasa pasar disengajakan

01 November, 2010

FENOMENA



01 11 10

2.00am Terjaga dari tidur di saat-saat akhir di kamar kolej perindu setelah hampir genap
2 tahun di bilik ini, angin pagi menderu laju

3.00am Online facebook melihat status rakan-rakanku, kelmarin 30/10/10 pensyarahku
meninggal dunia. al-fatihah buat arwah.

3.30am Terasa ingin membelah angin di kala malam sepi

4.00am Memecut fzku dari shah alam ke kuala selangor

4.35am Mengisi perut di sg buloh

5.00am Melihat deruan kenderaan memenuhi jalan raya, kelibat manusia di tepian jalan
menunggu 'driver' ke tempat kerja, singgah di 7eleven tempat kerja pertamaku
selepas tamat persekolahan.

525am Safely sampai di rumah, melihat kacamata baru telah siap di atas meja

535am Fenomena

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...