Pages

25 September, 2010

Kemahiran Insaniah

Salam dan Selamat sejahtera.

Mencelah dari kesibukan kesinambungan diskusi bersama negara-negara Komanwel Asia terdetik pula ingin menulis post berkenaan dengan kemahiran insaniah ataupun KI yang lebih sinonim dengan mahasiswa mahasiswi muda masa kini.

Pernah di suatu ketika mewar-warkan program kementerian, saya dipersoalkan dengan Kemahiran Insaniah ini.Pada masa itu kurang pasti apakah modul KI ini kerna modul ini baru sahaja dilancarkan. Jika di UiTM pada ketika saya masih seorang freshie kami diperkenalkan dengan modul LPPKP dimana kami didedahkan dengan modul pembangunan sahsiah mahasiswa dan modul latihan kepimpinan mahasiswa seterusnya apabila mencecah semester berikutnya saya juga merupakan salah seorang Fasilitator Modul LPPKP UiTM.

Kemahiran Insaniah merupakan kemahiran generik. Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentang Kemahiran Insaniah (KI), tetapi kebanyakannya berkait dengan kemahiran seperti kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Kemahiran Insaniah (KI) adalah antara elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas. Oleh itu, graduan IPT mesti menilai Kemahiran Insaniah (KI) yang memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan harian yang kian mencabar.

Bagaimana? adakah anda semua pasti dan tahu akan maksud Kemahiran Insaniah disini?

Elemen-elemen utama yang diterapkan kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi ialah




i    Kemahiran Berkomunikasi;
ii   Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah;
iii  Kemahiran Kerja Berpasukan;
iv  Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat;
v   Kemahiran Keusahawanan;
vi  Etika dan Moral Profesional
vii  Kemahiran Kepimpinan

Kesemua elemen diatas adalah elemen yang sama diterapkan oleh didalam modul LPPKP sebelum ini mungkin cara penerapannya berbeza pada masa kini. Pada zahirnya semua elemen ini dapat dipelajari apabila mahasiswa mahasiswi IPT menyertai secara aktif di dalam aktiviti berpersatuan di dalam mahupun di luar kampus.

Pada pendapat saya , seseorang mahasiswa/ mahasiswi perlulah mempelajari sesuatu KI secara berperingkat dalam erti kata keluasan rangkaian/ jaringan ataupun saya boleh tafsirkan dengan 3 peringkat (sebagai contoh untuk pelajar IPT sahaja)

Pertama Persatuan Dalaman Universiti ( Kolej Kediaman/ Fakulti ) Skop yang kecil dengan ahli yang terhad

Kedua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( Majlis Perwakilan Pelajar/ Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman / Sekretariat Fakulti ) Skop pimpinan dalam kampus yang lebih besar daripada persatuan dalaman

Ketiga Persatuan Belia / NGO / JKK   Skop pimpinan yang lebih kepada komuniti atau masyarakat yang lebih meluas di luar kampus.

Realiti kehidupan, adakah KI ini penting dan dapat dinilai secara maksimum ketika ditemuduga apabila memohon sesuatu pekerjaan ataupun Skil yang diperlukan oleh jawatan kosong itu lebih penting?

Berbalik kepada mahasiswa di IPT , bagaimanakah KI dinilai dan direkod di dalam data peribadi seseorang Mahasiswa? Dimanakah rekod penglibatan mahasiswa yang begitu aktif berpersatuan? Bagaimanakah semua penglibatannya dikaji dan dirujuk?

Mungkin segala kemaskini berbalik kepada mahasiswa itu sendiri yang perlu menyimpan segala sijil penyertaan, watikah perlantikan untuk dirujuk oleh penasihat pelajar di fakulti dan disahkan sebagai tujuan merekod. Kerna saya pasti sistem automatik rekod ratusan ribu pelajar agak mungkin dikemaskini dengan teliti dan sahih.

Berpersatuan Bukan Membuang Masa.

Isikan masa lapang anda dengan berpersatuan, mungkin anda perlu menyuarakan cara pendekatan yang lebih santai dalam berpersatuan. Bukan dengan tekanan mesyuarat dan agenda yang tidak begitu memberansangkan.

Sekian, wassalam..

Berpersatuan Meningkatkan Kemahiran Insaniah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...