Pages

11 September, 2010

ITYM delegasi MALAYSIA ke CYP ASIA 2010
















salam dan selamat sejahtera

Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria

Mungkin ada yang tertanya-tanya apekah CYP Asia 2010? CYP adalah singkatan bagi Commonwealth Youth Programme, pada tahun ini sekali lagi Information Technology Youth Movement membawa cabaran negara ke peringkat antarabangsa selepas 4orang wakil ITYM ke program Malaysia Singapore Youth Camp MSYC2010 pada Jun lalu.

Setelah diberi mandat dan kepercayaan oleh Mr. President, saya Timbalan Naib Presiden II akan mewakili ITYM secara khususnya dan Malaysia secara amnya serta sebagai seorang siswazah Universiti Teknologi MARA pada zahirnya ke Regional Consultation On Student Youth Movement 2010 di India pada 13 September 2010 hingga 18 September 2010.











Bergema takbir di pagi raya
Menyambut menyambut
Syawal bulan mulia
Uh! Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari raya kita semua

Disini dengan penuh ikhlas saya berterima kasih kepada ahli-ahli berdaftar ITYM Malaysia dan juga penyokong pergerakan ideologi ikhlas kami dalam memperjuangkan anak bangsa sekaligus membuktikan kami BELIA MUDA MALAYSIA bukan anak bangsa yang lemah dan tidak memperdulikan hala tuju NEGARA. Bahkan kami akan BANGKIT dan membawa MALAYSIA lebih jauh di MATA DUNIA.

perjuangan kami BUKAN omong kosong sahaja,
BUKAN indah khabar dari rupa,
BUKAN madah cinta arjuna kepada laila,
BUKAN janji-janji palsu si nakhoda,
hanyalah perjuangan ikhlas ANAK MUDA.

ITYM adalah pergerakan 100% anak muda KAMPUNG yang cintakan negara,
Lahir di kemelut dunia politik yang tidak memperdulikan perjuangan anak muda belia,
Lahir kerna berasa bertanggungjawab mengangkat martabat bangsa,
Muncul sebagai pelantar suara belia yang lebih LANTANG di sebalik skrin LCD sahaja,
Ayuhla bersama kami mendokong amanah Negara.

Doakan pemergiaanku membawa Information Technology Youth Movement Malaysia ke persada dunia.

Salam Aidilfitri dariku



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...