Salam dan Selamat sejahtera.
Agak lama kiranya aku tidak menulis apa-apa di ruang pena ku menari,Mungkin masa tidak mengizinkan aku berfikir dan berkongsi apa yang kufikirkan kepada kalian.
Aku buntu pabila masa mencemburiku,
aku cemas pabila masa memburuku,
aku rindu pabila masa meninggalkanku,
aku risau pabila masa dihadapanku.
Belia satu ungkapan merujuk kepada kita remaja, golongan muda sebelum dewasa, ramai kini baru sedar kewujudan pertubuhan-pertubuhan belia yang menjadi pelantar bagi golongan belia ini mengutarakan sesuatu yang penting, menyuarakan idea-idea bernas dari benak pemikirannya. Tetapi tidak kurang juga bagi belia-belia diluar sana yang tidak mengambil endah akan kewujudan pertubuhan ini kerna bagi mereka ini semua adalah permainan dunia politik, permainan orang-orang tua yang menerajui pucuk pimpinan, permainan orang-orang veteran yang gila akan kuasa.
Mereka tidak sedar bahawa mereka juga BELIA ada kuasa membentuk, mengolah , menghias acuan mereka sendiri, tetapi mereka lagi suka mengambil jalan mudah membiarkan sahaja hidup ini mengikut haluan yang sedia ada. Ini adalah kerna mereka tidak belajar dari sejarah. tidak membaca sejarah yang mencipta dunia kini. tidak tahu akan sejarah asal usul mereka sendiri. Kerna mereka melupakan ungkapan Sejarah Mengajar Kita.
Walaupun begitu, Belia itu ada kuasa apabila Belia itu bersatu, Belia itu ada suara apabila suara itu kuat bunyinya, Belia itu akan maju apabila ramai yang menggerakkanya. Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh.Ungkapan yang ditanam sejak kita di bangku tadika. Tetapi belia diluar sana tidak sedar, mereka sangka mereka kuat, mereka sangka suara mereka nyaring, mereka sangka mereka yang menjadi tatapan umum, walhal sebenarnya mereka itu tiada kerna mereka berseorangan. Dimana ungkapan Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh tadi?
apabila seseorang mempertikaikan sesuatu perjuangan tanpa merujuk apakah misi dan visi perjuangan itu lalu dengan hebatnya menunjukkan lagaknya tetapi pada zahirnya die tidak berlandaskan apa2 perjuangan langsung hanya megah akan dirinya sahaja
malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampong telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual (usman awang)
malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampong telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual (usman awang)
Aku dan teman-teman seperjuanganku kesal apabila seseorang Belia remaja mempersoalkan perjuangan anak bangsaku yang ditubuhkan kerna ingin menolong anak bangsa sendiri. Aku kesal apabila remaja itu bergerak dalam perjuangan individualisme berorientasikan wang ringgit semata-mata, aku kesal apabila anak muda itu mengutuk menghina mengata perjuangan indah anak bangsa yang ingin bersatu. Aku kesal kerna belia muda itu juga anak bangsaku.
Mungkin dia yang dimaksudkan telah sedar siapakah dirinya di tatapan mata umum. siapakah dirinya yang digelar YB, siapakah dirinya jika tiada wang ringgit. Mungkin hanya pengemis buta ditepi jalan tidak diendahkan.
Wahai rakan beliaku, Bersatu kita teguh , bercerai kita robohdalam maknanya, carilah saluran yang betul sebagai pelantar anda menyuarakan idealogi, buah fikiran dan pandangan anda. Jangan menjadi tukang sorak semata-mata kerna ingin mengejar personaliti bergaya mutu keunggulan didepan lensa digital, kerna semua itu boleh diolah, dihias, dicantikkan menggunakan perisian yang dicipta oleh manusia.
Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh
No comments:
Post a Comment