Pages

25 September, 2010

di kala hujan turun

batman rider
salam dan selamat sejahtera

aku hanya ingin berkongsi masa terluang di ketika menunggu hujan reda sewaktu dalam perjalanan ke rumah terbuka pensyarahku. dengan medium telefon bimbit berjenama sony-e W890i menggunakan opera mini 5.1 yang dimuat turun khas untuk telefon 3.5g yang kurang canggih berbanding Blackberry @ Blueberry atau pun strawberry.

ku termenung melihat hujan rahmat yang sangat lebat membasahi bumi Shah Alam Kota Anggerik, membasuhi segala pencemaran alam yang sering mengkelabukan pemandangan. semangat beraya yang berkobar-kobar didalam jiwaku kerna rumah terbuka pertama yang ingin kulawati pada hari raya tahun ini terbantut dek kerna aku adalah rider FZ sejati.

bukan kerna ku tidak menggemari memandu Wiraku yang telah menjadi khazanah negara, kereta nasional yang hanya menjadi hiasan ruang pameran parkir garajku dirumah. tetapi faktor kesesakan jalan raya yang tidak ku gemari ternanti-nanti kehijauan tiang lampu di pinggir jalan yang tidak ubah seperti mengajar kita mengenal warna.


terlintas di pemikiranku mengapa aku terkandas di pertengahan jalan tidak dapat menyertai rakan sekelasku bergumbira di hari raya. terlintas di fikiranku mengapa tidak sahaja dicipta motorsikal ber cc rendah dengan kelengkapan teknologi aerodinamik berbumbung seperti yang kita lihat di pameran teknologi dan inovasi dimana superbike hyperbike dicipta melangkau pemikiran realistik manusia. Futuristik adalah konsep yang diutamakan didalam setiap rekaan teknologi masa kini.

mengapa syarikat pengeluar motorsikal yang lebih ramai digunakan tidak terlintas mengeluarkan motorsikal berkeupayaan berjalan di dalam hujan lebat. Yang ku kira tidak semahal mana modalnya berbanding modal mempertingkatkan daya prestasi sesebuah jentera. Mungkin kos pembangunan kajiannya agak mahal tetapi mustahilkah prototaip yang telah direka untuk kelengkapan sesebuah jentera bertaraf hyperbike dimuat turun ke dalam motor kapcai istilah rantau asia tenggara.

tidakkah pemandangan futuristik membelah kebasahan bumi Kota Anggerik dengan spesifikasi kapcai aerodinamik berbentuk imaginasi pengarah filem BATMAN menggamat pemandangan sepi di kala hujan turun? istilah kapcai merujuk jentera berkeupaayaan rendah dimana pemaksimaan pengguna dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya. Bukan ciptaan futuristik berteknologi seabad yang akan datang tetapi hanya mampu dimiliki oleh makhluk-makhluk asing yang super kaya.

sejenak terlintas di pemikiran ku di kala hujan turun membasahi bumi

hyperFZ1500

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...