Pages

05 September, 2010

UiTM DiHATIKU










Salam dan Selamat Sejahtera

Entriku kali khas buat semua warga UiTM dihatimu.Bila disebut nama UiTM ramai yang akan pandang-pandang jeling-jeling dengan kita. MENGAPA? Kerna semua orang tahu UiTM Universiti Teknologi MARA Universiti khas untuk BUMIPUTERA sahaja.

Aku berbangga menjadi salah seorang mahasiswa UiTM malah sudah genap 4tahun aku di UiTM sejak tahun 2006 aku menjejakkan kaki di kampus Shah Alam. Pelbagai memori yang terlintas dibenak fikiranku yang ingin ku kongsi bersama-sama rakan beliaku sekalian. Suka dukaku sebagai mahasiswa menempuh dugaan yang luas di depan mata.

Minggu Mesra Siswa pasti dalam ingatan semua mahasiswa baru yang mendaftar di UiTM. Minggu Mesra Siswa ataupun lebih dikenali sebagai MMS kini telah diberi nafas baru oleh NC kita sebagai Minggu Destini Siswa bermula pada MEI 2010. Mungkin bagi kalian minggu ini hanya pengalaman seminggu sahaja yang wajib ditempuhi oleh setiap warga baru UiTM. Tetapi bagiku dan segelintir temanku, MMS ini adalah satu program yang sangat menyeronokkan bagi kami. Aku masih ingat lagi ketika aku menyertai MMS sebagai pelajar baru, aku dengan sukarela menawarkan diri untuk terlibat dengan majlis perasmian penutup dimana aku membuat persembahan silat menyambut tetamu jemputan.


Siapa sangka semester berikutnya sehingga sekarang aku masih lagi terlibat dalam menjayakan Minggu Mesra Siswa ini dan masih dapat merasa menjadi tulang belakang Minggu Destini Siswa pula. Setiap semester aku akan terlibat dalam pendaftaran kolej di kolej kediamanku Kolej Perindu. Disini dapat kulihat pelbagai ragam pelajar baru dan keluarga ketika hadir buat kali pertama di Menara Gading. Bertapa gembiranya wajah ibu bapa, sanak saudara, adik beradik sahabat handai pada hari pertama mereka di UiTM.

Adakah kalian semua tahu bertapa abang-abang dan kakak-kakak Pembantu Mahasiswa bersekang mata, menahan lapar, mengerahkan kudrat dalam menyediakan segala persiapan untuk menjayakan MMS dan MDS ini? Memastikan semua perjalanan program bergerak dengan lancar tanpa sebarang masalah demi memastikan anda-anda semua pelajar baru dan ibu bapa mendapat layanan sama rata.Disini bukan aku ingin mengungkit atau mengata kerna aku juga pnah dimarah dimaki oleh ibu bapa penjaga anda yang tidak sabar dan terlalu ego menunjukkan mereka ada status dan perlu dilayan 'extra' berbanding yang lain.

Walaupun yang demikian , keinginan untuk berbakti kepada UiTM tidak pernah pudar di kalangan teman-temanku. Mereka tetap kental berdiri teguh di barisan hadapan dalam menjayakan segala program di UiTM. Semoga kalian rakan beliaku menyambung tradisi kepimpinan kami dan akan terus menabur bakti dan menyambung kegemilangan UiTM dihatiku.

Salam ikhlas dariku warga UiTM dulu kini dan selamanya.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...