Pages

08 January, 2011

Cuti Persekolahan Lepasan SPM dan Graduan Matrikulasi

Salam dan Selamat Sejahtera,

Berhubung isu-isu yang semakin hangat diantara Kementerian Pengajian Tinggi KPT dan Kementerian Pelajaran Malaysia KPM, Kementerian Belia dan Sukan KBS boleh mengambil inisiatif ini dalam menjana kemajuan dan penerapan semangat volunteerism di kalangan skop generasi Y iaitu mereka yang berumur diantara 10-28tahun yang juga merupakan belia muda.


Kita dapat lihat program PLKN yang sedia ada tidak mencakupi seluruh jumlah lepasan SPM sedia ada malah dapat kita lihat ramai  belia muda lepasan SPM/ Matrikulasi hanya mengisi waktu cuti mereka di rumah tanpa terlibat dengan apa-apa aktiviti pembangunan kemahiran insaniah. Disini kerajaan perlu memikirkan satu polisi yang wajib digunapakai dan disertai oleh mereka ini disamping mendatangkan pendapatan kepada belia muda itu sendiri.

Bagi ezact.co remaja lepasan SPM sudah boleh dianggap matang dan mereka ini boleh didedahkan dengan industri pekerjaan dimana mereka dapat menimba pengalaman dan berpeluang mencari pendapatan sendiri. Jika kita lihat juga pada masa kini hanya segelintir remaja ini yang berani keluar dan mencari peluang-peluang pekerjaan dengan inisiatif sendiri. Mengapa tidak jika pihak kementerian mengeluarkan satu akta kepada syarikat-syarikat industri diluar sana untuk mengambil mereka ini bekerja sebagai penyumbang besar peningkatan ekonomi negara.

Mungkin boleh diwujudkan satu skim khidmat latihan pekerjaan kepada remaja lepasan SPM/Matrikulasi yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu mendapat peluang bekerja dan belajar realiti kehidupan memegang sesuatu "carier". Sebagai contoh jika belia remaja ini ingin menjadi seorang jurutera, mungkin dengan adanya satu skim ini remaja ini dapat bekerja di sebuah firma kejuruteraan untuk mendalami skop tugas yang perlu mereka lakukan. Tidak salah jika firma itu mengeluarkan elaun kerja sebanyak RM500- RM1000 jika remaja ini melakukan kerja yang sama dengan pekerja sedia ada.

Jika dikatakan skim sukarela tidak menjana apa-apa pendapatan, kerajaan Malaysia perlu sedar akan ada nya khidmat sukarela yang telah menjadi kerjaya profesional di negara-negara maju. Aktivis sukarela bermakna mereka bekerja memenuhi keperluan setempat bukan bermaksud mereka bekerja secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa bentuk balasan. Belia remaja ingin menampilkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukarela tetapi yang perlu menanggung kos adalah ibu-bapa mereka. Mengapa tidak aktiviti sukarela dalam membangunkan masyarakat setempat diberi elaun khas ataupun elaun sara diri yang ditanggung kerajaan. Dimana timbal balik yang dilakukan rakyat negara kita sendiri yang untung jika ada skim sukarela lepasan spm yang menyeluruh menolong membangunkan kawasan-kawasan pendalaman disamping mengisi senggang masa 9bulan itu.

Sedikit sebanyak coretan ezact.co@blog adalah diantara isu-isu semasa yang pernah dibincangkan.

Wassalam

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...