Salam dan Selamat Sejahtera,
Berhubung dengan isu semasa yang telah diumumkan secara rasmi semalam ( Kalender Akademik IPTA diselaraskan ) membawa sedikit sebanyak kesan terhadap pelajar tempatan yang beranggapan bahawa peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam adalah lebih rendah jika kerajaan membuka tempat yang sedia ada kepada pelajar antarabangsa.
Apa yang diperkatakan oleh YB Menteri bukanlah mereka ingin membuka peluang pengajian secara terbuka dan besar-besaran kepada pelajar antarabangsa tetapi memudahkan program pertukaran pelajar antarabangsa dilakukan jika kalender akademik yang digunapakai selaras dengan sistem di luar negara.
Selain itu juga memudahkan mahasiswa-mahasiswa kita yang melanjutkan pelajaran di luar negara untuk mengalami jadual kalender akademik yang sama di negara sendiri. Mereka boleh membuat dan mengadakan aktiviti bersama dengan rakan-rakan mereka di IPTA dan IPTS di Malaysia. Mungkin kolaborasi program-program masa cuti semester boleh dipertimbangkan untuk membawa masuk mahasiswa-mahasiswa cemerlang yang belajar di luar negara untuk berkongsi pengalaman mereka bersama mahasiswa tempatan.
Mengikut pengalaman saya sebagai mahasiswa IPTA di shah alam apabila kita atau negara-negara luar ingin melakukan program pertukaran pelajar antarabangsa mereka terpaksa mengambil cuti selama beberapa bulan untuk mengikuti sistem pembelajaran di negara kita dan juga sebaliknya. Oleh itu kesannya terhadap mahasiswa itu adalah merugikan masa pembelajaran mereka.
Selain itu juga, apabila diselaraskan kalender akademik ini, semua IPTA boleh menyelaraskan waktu praktikal yang sama bagi semua mahasiswa pada senggang masa yang ada. Dimana mereka dapat menjana pendapatan disamping memenuhi kriteria akademik latihan industri yang ditetapkan. Di situ juga pihak kerajaan boleh membuat dan mengadakan program khas untuk pelajar-pelajar ini memenuhi masa cuti semester dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Jika kalian hayati entri-entri di laman Blogger ITYM saudara-saudari sekalian akan mengetahui berkenaan Makmal Transformasi Pembangunan Belia, disitu kami juga ada mengusulkan pelbagai polisi yang boleh digunapakai oleh kerajaan dalam membentuk pewaris negara yang berkaliber.
Oleh itu, jangan mudah melatah dan cemas kerna apabila sesuatu polisi ataupun keputusan yang dibuat oleh YB Menteri telah dibincangkan sebaik-baiknya oleh majlis kabinet dan mereka telah menyemak kebaikan dan keburukan sesuatu pembaharuan yang dijalankan.
Sekian,
No comments:
Post a Comment