Utusan Malaysia Online - Selatan
Ekspedisi selama sebulan bermula 14 Mac ini antara lain bertujuan mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records (MBR).
Kolej UNITI dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini berkata, pihaknya selaku penganjur latihan intensif ekspedisi itu menaja seramai 10 orang peserta dan latihan diadakan di pantai Kolej UNITI bermula 14 Februari lalu hingga 5 Mac ini.
Ekspedisi yang melibatkan laluan pesisir pantai dari Miri Ke Kuching, Sarawak itu juga turut membabitkan mahasiswa dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Menurut kenyataan itu, pihak penganjur menawarkan dua tempat kepada penuntut Kolej UNITI yang berminat untuk turut serta dengan kosnya akan ditanggung sepenuhnya oleh penganjur.
Selain itu, penganjur akan membantu menubuhkan Kelab Kayak Kolej UNITI di samping memberi ceramah motivasi dan kepimpinan yang disampaikan oleh ikon-ikon belia yang diiktiraf oleh kerajaan.
Antara mereka ialah Pemegang MBR berkayak paling jauh di lautan sebanyak tiga kali, Ziahul Asraf Syed Sultan.
Kenyataan itu memberitahu, program itu dilihat mampu memberi impak jangka panjang dalam melahirkan atlet kayak yang mampu mengharumkan nama Kolej UNITI pada masa depan.
Ekspedisi kayak sebulan bakal cipta Malaysia Book of Records
SEREMBAN 1 Mac - Persatuan Sukarelawan Muda dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan Ekspedisi Kayak Kemanusiaan Jejak Belia Kenyalang 2011.Ekspedisi selama sebulan bermula 14 Mac ini antara lain bertujuan mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records (MBR).
Kolej UNITI dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini berkata, pihaknya selaku penganjur latihan intensif ekspedisi itu menaja seramai 10 orang peserta dan latihan diadakan di pantai Kolej UNITI bermula 14 Februari lalu hingga 5 Mac ini.
Ekspedisi yang melibatkan laluan pesisir pantai dari Miri Ke Kuching, Sarawak itu juga turut membabitkan mahasiswa dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Menurut kenyataan itu, pihak penganjur menawarkan dua tempat kepada penuntut Kolej UNITI yang berminat untuk turut serta dengan kosnya akan ditanggung sepenuhnya oleh penganjur.
Selain itu, penganjur akan membantu menubuhkan Kelab Kayak Kolej UNITI di samping memberi ceramah motivasi dan kepimpinan yang disampaikan oleh ikon-ikon belia yang diiktiraf oleh kerajaan.
Antara mereka ialah Pemegang MBR berkayak paling jauh di lautan sebanyak tiga kali, Ziahul Asraf Syed Sultan.
Kenyataan itu memberitahu, program itu dilihat mampu memberi impak jangka panjang dalam melahirkan atlet kayak yang mampu mengharumkan nama Kolej UNITI pada masa depan.
jom kita ramai2 sertai Kreatif Survival pada 3-5 Jun 2011.. menarik hanya RM350. dlm: http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2011/04/jom-sertai-kreatif-survival.html
ReplyDelete