Pages

21 March, 2011

MY CORPS Malaysian Youth Volunteer


JOIN US invite to our group page chat MYCORPS's FB

VISIT our blog page  MYCORPS's BLOG



Salam dan selamat sejahtera..


MY CORPS volunteer salah satu projek dibawah inisiatif ahli MAKMAL TRANSFORMASI PEMBANGUNAN BELIA 2010 ( 1 Nov - 10 Dec 2010 )

Petikan ucapan YB Menteri Belia dan Sukan

"MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET PEMBANGUNAN BELIA (JKPB) YANG DIPENGERUSIKAN OLEH Y.A.B. TIMBALAN PERDANA MENTERI PADA 3 OGOS 2010 TELAH BERSETUJU AGAR DITUBUHKAN SEBUAH MAKMAL KHAS IAITU MAKMAL TRANSFORMASI PEMBANGUNAN BELIA DALAM USAHA UNTUK MEMAHAMI KEHENDAK DAN KEPERLUAN GENERASI Y. MAKMAL INI TELAH DILAKSANAKAN SECARA INTENSIF SELAMA ENAM (6) MINGGU DAN TERDIRI DARIPADA 39 PEMIKIR DI KALANGAN BELIA SENDIRI. FOKUS UTAMA MAKMAL INI TERTUMPU KEPADA 3 IAITU PELUANG EKONOMI, KESEJAHTERAAN HIDUP SERTA KEPIMPINAN DAN KEWARGANEGARAAN. PENEMUAN MAKMAL TELAH MENCADANGKAN 6 INISIATIF TRANSFORMASI. ANTARANYA ADALAH MALAYSIAN YOUTH PARK YANG MENYEDIAKAN TEMPAT YANG MEMPUNYAI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN UNTUK GOLONGAN MUDA MENJALANKAN AKTIVITI DI SATU PUSAT SETEMPAT, MISALNYA PENYEDIAAN GELANGGANG FUTSAL, PERMAINAN EKSTREM, DAN LAIN-LAIN LAGI INISIATIF SETERUSNYA, DEWAN BELIA MALAYSIA YANG AKAN MENTRANSFORMASIKAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) DENGAN MENGHIMPUNKAN SERAMAI 360 PEMIMPIN MUDA. INISIATIF KETIGA IALAH VIRTUAL YOUTH RESOURCE CENTRE (VYREC) YANG AKAN MEMBERI TUMPUAN TERHADAP PENGHASILAN SATU PORTAL YANG KHAS UNTUK BELIA. INISIATIF KEEMPAT PULA, YOUTH ICONS, MERUPAKAN SATU USAHA UNTUK MENGENALPASTI BELIA-BELIA YANG BERKETRAMPILAN UNTUK DIJADIKAN IDOLA GOLONGAN BELIA SAMADA DI PERINGKAT TEMPATAN MAHUPUN NEGARA. INISIATIF KELIMA IALAH MYCORPS YANG BERTINDAK UNTUK MENGGALAK DAN MENINGKATKAN SEMANGAT KESUKARELAAN DI KALANGAN BELIA. DAN √ŹNISIATIF KEENAM IALAH THE LEADER YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN MENTOR MENTEE DAN 5 KATEGORI TELAH DIKENALPASTI IAITU PROFESSIONAL DAN KORPORAT, KEUSAHAWANAN, PERKHIDMATAN AWAM, AKTIVITIS SOSIAL DAN INDUSTRI KREATIF."


sumber ( http://www.kbs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/338)

Disini saya selaku diantara ahli kumpulan yang mencadangkan dan memperhalusi projek MYCORPS ini ingin menyebarkan kepada belia-beliawanis di luar sana yang sentiasa ingin menceburi khidmat kesukarelaan. Sertailah MYCORPS volunteer kerana ini adalah salah satu langkah untuk menjadi profesional sukarelawan yang terlatih dalam mengharungi segala musibah mahupun bencana yang mendatang.

Sekian, Wassalam

"Belia Mentransformasikan Pembangunan Negara"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...