HARI BELIA NEGARA muncul lagi buat tatapan belia-belia seluruh Malaysia. Dengan tema tahun ini , Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 menghangatkan lagi suasana Bandar Belia Malaysia yakni Putrajaya dengan satu Karnival Khas untuk belia diadakan setahun sekali.
Jika segelintir blogger-blogger belia di luar sana penah mendengar melihat membaca dan menyertai Creative Youth Blog Contest Hari Belia Negara 2010 yang dibawakan khas oleh Information Technology Youth Movement pada tahun ini sekali lagi membawakan satu slot khas untuk blogger-blogger belia tegar di luar sana untuk menyertai MAHA YOUTH BLOG CONTEST 2011.
Dengan perincian pertandingan yang akan diumumkan tidak lama lagi, setiap blogger diberi masa sebulan untuk mempromosikan MAHA Youth 2011 di paparan blog anda mengikut kriteria-kriteria serta syarat-syarat pertandingan.
MAHA Youth 2011 merupakan salah satu event daripada beratus acara pada Hari Belia Negara Himpunan Sejuta Belia Putrajaya 2011 yang bertempat di Percint 2 bersebelahan dengan tapak acara Karnival Jom Heboh.
Segala maklumat terperinci akan dimaklumkan di laman group page FB MAHA Youth 2011 .
Dipromosikan oleh :
No comments:
Post a Comment