Pages

31 August, 2010

bingkisan HATIKU anak MERDEKA












salam MERDEKA wahai anak-anak TANAH MELAYU ku

Genap 53 tahun negaraku merdeka
dari cengkaman penjajah bangsa dan tamadun
Tetapi betulkah anak-anak bangsaku merdeka??
Meja diskusi ku bersama rakan2 pengerak bangsa
melihat anak-anak bangsaku berpeleseran di malam hari
mendapat kebebasan dan keizinan ibu bapa mereka
berbasikalan di malam ambang merdeka
semangat kemerdekaan meluap-luap kelihatan
tetapi dicemari budaya suffle dan mat rempit jalanan
adakah anak-anak kecil ini sedar erti kemerdekaan sebenar?
sanggup berbasikalan dari kota KLANG ke bandaraya SHAH ALAM
di malam hari yang sepi
berpeleseran anak-anak merdeka ini
tidak kembali



M. Nasir

Anak Anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...