Pages

27 August, 2010

MALAYSIA INDONESIA






















salam dan selamat sejahtera


kepada belia remaja diluar sana.. xguna anda memaki hamun tindak laku segelintir rakyat indonesia yg bertindak membabi buta dan melakukan pelbagai perbuatan menghina negara kita... dan cuba membalas dengan perbuatan yang sama.. tidak kemana semua itu.. apekah keamanan MALAYSIA disini anda cuba cabuli dengan berbuat demikian?

wall post ku di FB kerna ku melihat pengapi-apian seseorang warganegara MALAYSIA kerana memarahi perilaku yang ditunjukkan oleh segelintir rakyat Indonesia membakar, mencemar, melempar, menghina, mengugut warga MALAYSIA secara amnya dan Duta dan rakyat kita di Indonesia secara khususnya...

Perlukah kita membalas perilaku ketidaktamadunan mereka yang jahil dengan melakukan kembali apakah yang mereka lakukan kepada kita?

Jika sekarang mereka mebakar , melempar najis, menconteng , memijak BENDERA MALAYSIA dan anda ingin berbuat sedemikian rupa juga .. apekah bezanya anda dengan mereka?

Cuba kita bayangkan pula selepas rakyat kita membakar, melempar najis, menconteng, memijak BENDERA INDONESIA apa pula tindakan seterusnya oleh rakyat INDONESIA?

Tidakkah perbuatan kita itu akan lebih membuatkan mereka GILA dan NAEK SYEIKH lalu terus membakar , melempar BOM pula kepada kedutaan kita disana? Menconteng arang ke muka rakyat Malaysia dengan memijak , membunuh , merogol rakyat kita disana?

Itu kesannya disana bagaimanapula rakyat Indonesia disini yang kita sedia maklum segelintir kecilnya juga merupakan diantara penjenayah , penyamun, perogol yang sedia ada berleluasa selain penjenayah, penyamun, perogol warga Malaysia dan tiba-tiba kerana tindakan kita yang membabi buta tadi mereka keluar beramai-ramai melakukan rusuhan, mengamuk kawasan sekeliling, membunuh, menyerang rakyat Malaysia disini?

Dan selepas itu pula , kita meniru kembali cara mereka dengan membakar.melempar BOM pula kepada kedutaan mereka. Sampai bilakah perkara ini akan saling balas membalas sesama kita?

Salahkan pula kerajaan kita hanya menghantar memo Bantahan kepada kerajaan Indonesia.. mungkin anda fikir kita patut hantar BALA tentera ke sana?

Kemana perginya rasional tindakan ini? Keamanan yang kita kecapi akan genap 53 tahun beberapa hari lagi.. tindakan sembereno beginilah yang menunjukkan kita hendak mencabuli keamanan negara sendiri..

Tidak perlu tunjuk Hero wahai rakan-rakanku.. Bukan aku menyeru kita melepas tangan membiarkan sahaja perkara ini. Tapi fikirkanlah kita masih lagi hidup didunia ini, menyedut udara yang segar, saya pasti kita sama-sama belia belum pernah mengalami zaman darurat, zaman peperangan, zaman yang mengorbankan banyak nyawa..

Sedarkah kita Malaysia Indonesia adalah satu rumpun asalnya?
Sedarkah kita Malaysia Indonesia hanya nama yang memisahkan dua negara?
Sedarkah kita warna kulit kita sama dengan mereka?
Sedarkah segala masalah ini adalah datang dari penjajah?

PENJAJAH la yang memisahkan BANGSA kita
PENJAJAH la yang menyebabkan sengketa ini BERLARUTAN
PENJAJAH la yang menanam pemikiran kita diasingkan dengan DUA NAMA

kerna penjajah itu tahu Nusantara adalah negara ISLAM
dan mereka adalah siapa?

sedarlah saudara saudari ku

KEAMANAN bukan mudah dikecapi...
sekali kita leka mudah dicabuli
jangan sekali2 kita yang mencabuli apa yang dikecapi

biarkan kerajaan kita menyelesaikan segalanya..
mereka pucuk pimpinan negara kita
tidak akan mereka memperjudikan keamananan 53 tahun negara MALAYSIA
percaya akan kemampuan mereka yang cintakan kedamaian

memang MUDAH mengangkat senjata
tapi sangat SUSAH meletakkanya semula




SEJARAH MENGAJAR KITA

salam keamanan buat semua





6 comments:

  1. tq arif cuma luahan pendapat apabila melihat api melawan api kelihatan

    ReplyDelete
  2. Erk.. ade terjadi eh? hee.. baru2 ni bz sampai tak perasan sekeliling.

    ReplyDelete
  3. bercakap sebelum berfikir,
    mencacatkan tindakan,,,


    berfikir sebelum tindakan,,
    merasionalkan keadaan,,,

    Amoi suke Quote,,

    Sejarah Mengajar Kite!

    ReplyDelete
  4. Maryam!! isu tu da nk hangit da ni.. tp syukur rakyat malaysia blom lg melampau2 melawan menggunakan mulut yg berbisa

    terlajak perahu boleh reverse
    terlajak kata? xkn nk rewind

    ReplyDelete
  5. tq amoi!! quote tu sy pnjam dr blog paritbasri rajin2 la klik kt blog list sy

    padah yg saya nampak dari kedua2 belah pihak smua datang dr mulut yg plg lantang BELIA MUDA yg suka bertindak tanpa berfikir langsung

    due2 xtau sejarah
    due2 main bedal

    semoga belia2 di luar sana sedar permainan org ketiga yg busuk hati melaga2 kan sesama MUSLIM di bln RAMADHAN

    amin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...