salam dan selamat sejahtera :
Isu semasa BuLetin Utama malam ini ada juga menyentuh etika penunggang motorsikal di kalangan remaja terutama pelajar sekolah menengah yang menunggang motorsikal ke sekolah rentetan peristiwa kemalangan maut yang melibatkan pemandu kereta berumur 16tahun dimana eksiden itu mengorbankan beberapa nyawa.
Siapakah yang bersalah dalam isu ini? Adakah anda tahu had umur lesen memandu di Malaysia?
16 tahun bagi lesen kelas B2 motorsikal dibawah 250cc dan 17 tahun ke atas bagi lesen memandu kelas D. Adakah had umur ini terlalu rendah untuk diberi kepercayaan memandu di jalan raya ataupun mungkin had umur ini adalah yang sepatutnya bagi remaja masa kini?
Kembali kepada tajuk entri pada malam ini MAT REMPIT berlesen? apakah sinonim yang anda dapat lihat? Mengapa status MAT REMPIT digemari oleh remaja masa kini terutamanya pada had umur 14-19tahun? Mengapa remaja-remaja ini menunggang motorsikal secara berbahaya dan tanpa lesen? Siapakah juga yang menerapkan budaya ini di kalangan remaja kita?
Pelbagai persoalan timbul apabila budaya ini kian menular. Pada pendapat saya isu remaja menunggang motorsikal ke sekolah, isu remaja memandu tanpa lesen dan isu budaya mat rempit mempunyai kaitan yang munasabah yang perlu diambil berat oleh pihak berwajib.
Ibu bapa memberi kebenaran anak2 mereka ke sekolah menaiki kenderaan terutamanya motorsikal adalah untuk meringankan beban mereka dan disini mereka tidak perlu menghantar dan mengambil anak2 dari sekolah dimana rata2 mereka bekerja sendiri, petani, peladang yang perlu ke kebun ladang dan bendang dipagi hari. Fenomena ini kebiasaannya terjadi di kawasan luar bandar dimana motorsikal adalah kenderaan paling digemari dan mudah dikendali. Adakah anak-anak ini mempunyai lesen memandu kelas B2? Jawapannya pasti tidak, mereka mula menunggang motorsikal sejak dibangku sekolah rendah lagi, mungkin anda di bandar tidak biasa melihatnya. Ibu bapa juga tidak melarang dan juga tidak menggalakkan mereka tapi "comfort zone' disini mereka boleh meminta anak2 mereka ke kedai membelikan brg, menolong mereka dengan rutin harian. Adakah ini salah?
Mengapa remaja masa kini gemar MEREMPIT? Had umur lesen kenderaan motorsikal 16tahun adakah logik bagi mereka yang bergelar pelajar sekolah membayar yuran sekolah memandu dimana mereka tidak bekerja ataupun mempunyai pendapatan? Bagi keluarga yang sederhana pendapatan dan keatas mungkin yuran sekolah memandu tidak ada masalah bagi mereka. Terapi bagaimanapula dengan ekonomi keluarga di bawah paras sederhana? Wajarkah had umur ini dikaji semula? Mungkin sebaiknya sehingga mereka habis sekolah tingkatan 5 dan barulah mereka dibenarkan mengambil lesen memandu. Bukan apabila umur mereka mencecah 17tahun bagi golongan berada mereka mampu membayar yuran lesen memandu kelas D dan memberi sebiji kereta kepada anak mereka untuk ke sekolah? Benarkah had umur lesen memandu kelas D bagi kereta ini adalah betul dan wajar?
Sikap remaja masa kini rata-rata belum matang untuk diberi kepercayaan memandu dijalan raya dimana nyawa manusia di jalan yang dicagarkan. Adakah ada nilai yang boleh disamakan dengan nyawa seseorang? Perlukan kerajaan menggubal akta baru untuk remaja dan menyaman ibu-bapa jika apa2 terjadi berkenaan isu remaja memandu dan kemalangan? tiada siapa yang boleh meramal ajal maut. Hanya ketentuan ilahi Yang Maha Berkuasa sahaja yang mengetahuinya. Adakah ibu bapa ini hanya menyesal apabila ada nyawa yang tergadai disebabkan sikap mereka yang tidak ambil kesah dan membiarkan anak mereka memandu dan menunggang dibawah umur dan nyata tidak berlesen?
fikir2kanlah segala persoalan di dalam entri ini.. mungkin saya tidak mempunyai semua jawapan diatas..
salam dan selamat kepada semua
No comments:
Post a Comment