salam dan selamat sejahtera
ditujukan khas kepada belia-belia institut pengajian tinggi tidak kira di mana jua anda berada :)
hala TUJU kehidupan sangat penting dalam mencorak masa hadapan kita, disini saya ingin memfokuskan entri ini kepada belia mahasiswa yang gemar mengikuti, menyertai dan membuat program-program di kampus tidak kiralah yang bercorak akademik, sukan dan reakrasi mahupun program bercorak rohaniah. Secara lazim nya anda haruslah seseorang yang aktiv di dalam aktiviti-aktiviti berpersatuan dalam sesuatu komuniti di tempat anda barulah anda berpeluang mengadakan pelbagai corak aktiviti didalam menghidupkan suasana kampus :) dimana anda lah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan melaksanakan program itu dengan jayanya.
Bagaimana anda menjadi seseorang yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga sesuatu persatuan atau komuniti? Mestilah anda pada suatu ketika dahulu rajin dan petah menyertai dan mengikuti program-program yang direncanakan oleh para senior dan pihak pengurusan barulah anda berpeluang bertatih dalam menjadi seseorang yang berportfolio di dalam persatuan anda.
Tidak ramai yang berpeluang mengasah bakat dan menceburi bidang kepimpinan di dalam kampus dimana ramai lagi belia mahasiswa yang mengambil sikap tidak peduli dan tidak menghiraukan pelbagai aktiviti yang telah dicorak dan dijalankan mengikut tema dan matlamat tertentu. Golongan-golongan ini hanya mementingkan program-program akademik dimana menghadiri kelas dan seminar wajib sudah memadai untuk mereka, tidak perlulah membuang masa dengan aktiviti-aktiviti kemahiran insaniah yang meluangkan masa diluar waktu ilmiah. Mereka inilah yang lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan keluar berpacaran, berkaraoke, tidur sepanjang masa tanpa menghiraukan komuniti yang ada. Adakah golongan-golongan ini seringkali anda lihat? Bagaimana caranya mengajak mereka ini menyertai dan mengalami keseronokan aktiviti-ativiti berpersatuan?
Entri ini bukanlah ingin mencari kesimpulan dan cara mengatasi masalah di atas, tetapi saya ingin menekankan kepada pemimpin-pemimpin belia mahasiswa yang berkaliber dan berkepimpinan di luar sana, bagaimanakah anda ingin menyumbang idea, berkongsi bakat kepimpinan anda, melontarkan hujahan dan mengerahkan tenaga anda seperti yang kebiasaannya anda alami ketika menguruskan sesuatu program di dalam kampus setelah anda tidak lagi bergelar MAHASISWA? Bagaimana anda dapat melibatkan diri dalam memperjuangkan dan mempertahankan komuniti yang lagi besar yang akan anda tempuhi selepas tamat pengajian?
Adakah anda hanya akan berkerja dan menjalani rutin harian seperti biasa? Hanya terlibat dalam menguruskan Hari Keluarga syarikat anda dengan memegang jawatan biro persediaan makanan dimana hanya mengutip dana kutipan untuk membeli makanan luar ? adakah itu sahaja aktiviti sampingan anda disamping kerjaya :? Dimanakah teruji nya bakat-bakat kepimpinan yang diasah bertahun-tahun didalam kampus? Dimana lantangnya suara anda memarahi dan mengarah mahasiswa tahun satu sewaktu masa dahulu? Dimana segala kenangan indah anda berduka dan bergembira dalam menjayakan sesuatu program? Tiada kesinambungan dengan kemahiran-kemahiran insaniah yang anda timba di dalam kampus suatu ketika dulu.
Disini lah pentingnya menyertai aktiviti-aktiviti berpersatuan diluar kampus :), anda masih berpeluang memimpin, mengolah. mengadakan, menyertai. mengasah. menimba pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan. Konsepnya masih sama tetapi Komuniti nya berbeza. Skop dan cabaran yang ditempuhi adalah lebih luas dan lebih berliku dimana anda tidak dapat menjangka rintangan yang bakal anda tempuhi tetapi faedahnya lebih lumayan dan pengalaman nya lebih hebat daripada apa yang anda tinggalkan di kampus sewaktu ketika dulu.
Sedarlah wahai belia mahasiswa sekalian sejurus sahaja anda melangkah ke alam pekerjaan dan meninggalkan status MAHASISWA masih ada lagi tanggungjawab yang perlu anda lunaskan kepada negara dimana anda memegang status BELIA. Sedarkah anda kita sama-sama BELIA Negara yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa akan datang? Adakah wajar anda yang memegang status BELIA tetapi melupakan tanggungjawab anda kepada negara kerana sibuk dengan kerjaya? Siapakah yang perlu menggalas status BELIA ini? hanya mahasiswa sahaja kah? ataupun pelajar lepasan SPM, mahupun STPM yang masih teruja dengan alam kedewasaan? Kemanakah perginya pemimpin-pemimpin BELIA Mahasiswa yang gah bersuara di dalam kampus sewaktu ketika dulu? Sibuk mengumpul harta untuk melangkah ke alam perkahwinan?
Apa yang ingin saya tekankan disini adalah sama seperti entri-entri sebelum ini dimana saya ingin mengajak rakan-rakan belia MAHASISWA diluar sana mahupun yang telah digugurkan taraf mahasiswanya setelah graduasi masih banyak persatuan-persatuan belia berdaftar di luar sana dimana mereka kekurangan pemimpin belia berketrampilan seperti anda untuk menyambung tradisi dan meneruskan matlamat persatuan. Sertailah dan menyokong badan2 bukan kerajaan ini supaya dapat menjamin dan memperbaiki keamanan dan kemajuan yang sedia ada.
salam BELIA MAHASISWA... peneraju BELIA NEGARA
No comments:
Post a Comment