Pages

11 August, 2010

keluarga BLOGGER???

















haha ops xbagi salam pulak... salam dan selamat sejahtera..

semoga semua hepi2 belaka ahaks...

ha aku baru nak serius menulis blog baru2 ini walaupun aku da buat profile blog aku oktober tahun lepas... pada masa yang sama awal tahun 2010 abah ku sering bertanye pasal blog,,.. facebook n kawan2nye kepada ku dan aku seperti biase agak malas hendak menjawabnye haha kang kantoi facebook aku wawawa...

tapi selepas itu aku terpikir gak melalui blog dan facebook abah ku boleh mengisi masa lapang sejak pencen dari profession perguruannye selain bercucuk tanam di kebun belakang rumah... selain itu die juga dapat menggunakan kemudahan streamx yg telah dipasang di rumah... yela aku abg dan adeq ku bkn dok rumah sangat pon nk gune streamx wifi lagi... haha

so aku pon membuatkan akaun bLoggEr utk abahku dan juga page Facebooknye sendiri...
huhu anak mithali ni sanggup mengajar abahku menggunakan segala kemajuan yang ada walaupun seketika waktu dulu dia lah yang mengajarku ilmu IT ni dimana masa itu menggunakan window95 :).. die juga mengajarkan ku menggunakan microsoft office membuat words slideshow presentation dan laen2.. dail up 1515 pada taon 90an turut mengingatkan ku macam mana la nk bukak internet ni,,,.nanti dial up je bunyi bising mak terjaga pastu suh masuk tido haha... lihatla bagaimana pengorbanan ibu bapa ku yg tidak mahu anak2nya ketinggalan di dunia teknologi maklumat... pada masa itu belom lagi rasanya kempen satu komputer satu rumah dilancarkan.. dan aku yg duduk di kawasan luar bandar dilengkapi keperluan semasa :)

abahku juga dulu pandai mengformat computer hehe tp selepas pencen dunia teknologi semakin kehadapan ada sahaja benda baru dicipta saban hari setiap waktu setiap saat.. terlalu laju untuk dikejar,... huhu dengan mengajarnya kembali apa jua yang telah ditinggal kan abah ku cekap menggunakan segalanya pada masa ini,,,

idea nakal ku kembali haha dengan adanya akaun facebook abahku aku meng'add'kan adeq dan abg ku ke dalam fren list nya wahaha dan akaun fb aku tidak di add kan hehe pandai x aku>??
owh abahku minat ke dunia blog juga selepas pelbagai tafsiran kepada blogger dikeluarkan selepas PRU 12 ... dan dia pnah juga membaca blog adeq ku

sehingga kini hasil nukilan abahku lagi menyerlah dari blog anak2 die.. ade je pengajaran yang perlu diambil iktibar oleh anak2 muda masa kini :)... adeq ku dan abg ku juga menulis blog.. lumrah alam agaknye kebanyakkan kita akan menulis blog apabila menjejak kaki ke alam universiti dimana kita ingin ada satu medium untuk berkongsi pendapat.. meluahkan perasaan dan sebagainya..

so amacam>? nak bace blog cikgu MISNUN? ramai diluar sana anak muridnya yang dimarah dirotan dengan abah ku ketika kecil tapi masa kini semua dtg dan berterimakasih dengah abahku kerana merotan dan memarahi mereka untuk jadi org yang berguna :)


















sekian wassalam :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...